Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Starseed: Asnia Trigger Buka Pre-Registration – Game Gacha Baru Dengan Fokus Pada Gadis AI!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 29, 2024
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Starseed: Asnia Trigger Buka Pre-Registration – Game Gacha Baru Dengan Fokus Pada Gadis AI!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Com2uS mengumumkan bahawa prapendaftaran global kini dibuka untuk game yang dinanti-nantikan, Starseed: Asnia Trigger, di Google Play Store, Apple App Store dan laman web rasmi. Bukan itu sahaja, Starseed juga akan tersedia di PC melalui Google Play Games.

Dibangunkan oleh Mojito Games, Starseed: Asnia Trigger ialah sebuah Team Based RPG dengan elemen gacha. Sebagai protagonis, pemain perlu menyelam ke dalam realiti maya, dan berhadapan dengan Redshift, sebuah AI yang ingin mendatangkan malapetaka kepada manusia!

Tetapi jangan takut, kerana anda tidak bersendirian. Untuk menyelamatkan manusia, pemain akan bekerjasama dengan Proxyan, sekumpulan gadis-gadis cantik ‘superintelligence’, untuk memerangi Redshift.

Kredit: Com2uS

Sebagai team based RPG, pemain perlu membentuk dan menghantar unit sehingga 5 ahli untuk mengambil bahagian dalam pelbagai kempen. Unit disusun di atas medan perang dan pertarungan akan bermula apabila mereka berinteraksi dengan musuh.

Unik kepada game ini adalah watak-watak boleh menggunakan Dual Ultimate Skills, yang membolehkan pelbagai kombinasi dan strategi. Pengalaman ditingkatkan dengan animasi cutscene yang cantik dan lakonan suara berkualiti.

Kredit: Com2uS

Lebih ramai Proxyan boleh direkrut melalui sistem gacha, yang menampilkan pelbagai gadis-gadis cantik dan comel daripada tujuh faction berbeza. Anda boleh temui daya tarikan unik mereka lalu membawa watak kegemaran ke medan perang.

Kredit: Com2uS

Selain itu, sistem interaktif memperkayakan lagi gameplay dengan membenarkan pemain mengikuti Proxyan mereka di platform media sosial in-game. Fitur ini membolehkan mereka melihat kehidupan harian Proxyan melalui video pendek dan selfie. Melalui interaksi, anda boleh memupuk hubungan yang lebih mendalam dengan watak.

Kredit: Com2uS

Mereka yang pre-register di mana-mana platform akan menerima bonus besar, termasuk Starbit dan SSR Proxyan/Plugin Select Ticket selama tujuh hari selepas pelancaran global. Selain itu, pemain yang pre-register di laman web rasmi layak untuk menerima New User Support Pack dan peluang untuk memenangi hadiah eksklusif, seperti iPad Pro dan Starseed Extended Mouse Pad.

Jangan risau tentang game ini kerana selepas pelancaran awalnya di Korea pada bulan Mac, Starseed mencapai kejayaan luar biasa dengan mendahului carta Google Play Store, menduduki tempat ke-8 dalam carta ‘Google Play’s Top Grossing Game’ dan tempat ke-10 di Apple App Store.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Starseed: Asnia Trigger
ShareTweetSend
Previous Post

Blue Protocol Dihentikan di Jepun, Versi Global Terpaksa Dibatalkan Sekali

Next Post

Tower of God Season 2 – Calon Anime Terburuk Pada 2024?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Tower of God Season 2 – Calon Anime Terburuk Pada 2024?

Tower of God Season 2 - Calon Anime Terburuk Pada 2024?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd