Eric “ConcernedApe” Barone dan Chucklefish mengumumkan bahawa Stardew Valley versi mobil akan dilancarkan pada 14 Mac 2019. Tidak seperti mobile game yang lain, Stardew Valley tidak akan menggunakan sebarang in-app purchase.
Dua perkara yang membezakan Stardew Valley dengan mobile game yang lain. Pertama, game ini tidak percuma untuk dimain tetapi harus dibayar dengan jumlah sebanyak $7.99 yang mungkin akan turn off beberapa gamer. Kedua, ialah game ini tidak ada sebarang in-app purchase dan mungkin fakta ini akan menyelamatkan game ini.

Ini ialah sesuatu yang besar kerana pemain dapat menikmati sebuah game yang enjoyable dan menarik tanpa perlu membeli apa-apa mikro-transaksi daripada game tersebut. Selain itu, harga akan berubah megikut Google Play Store negara dan rantau masing-masing. Harga yang tertera di atas akan berubah di Malaysia.
Mengikut kata Chucklefish, ‘mobile users‘ dapat menikmati game sama seperti mereka yang main versi konsol atau PC kerana elemen gameplay di Android dan iOS tidak kurang seperti yang lain. Antara gameplay yang ada ialah ‘farming’, memelihara binatang, ‘cave raiding’, dan ‘slime killing‘ tetapi banyak lagi aksi yang pemain boleh lakukan dalam game ini.
Stardew Valley versi mobil dicipta oleh ‘The Secret Police‘,mobile yang juga mencipta ‘Dragon’s Watch Mobile’. Mereka akan menambah beberapa penambahbaikan kepada game ini khusus untuk mobile users seperti save apabila aplikasi ditutup, ‘pinch zooming‘ dan ‘invisible joystick’.

Stardew Valley versi Android akan dapat beberapa bahasa penterjemahan seperti Korea, Itali, Perancis, dan Turki selain daripada bahasa yang sedia ada. Console dan iOS akan dapat bahasa ini pada ‘update’ yang akan datang.
Peminat boleh ‘pre-register’ di Google Play Store dan memandangkan game ini bukan seperti PUBG atau Fortnite, game Stardew Valley sepatutnya boleh dimainkan pada pelbagai peranti tanpa banyak masalah. Jadi apa lagi? Mari kita register sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post