Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Starbreeze mendedahkan Payday 3 akan keluar 2023!

Studio menceritakan rancangan mereka dalam empat tahun akan datang.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 14, 2019
in Artikel, Berita, Mobile, Nintendo Switch, PC
0 0
0
Starbreeze mendedahkan Payday 3 akan keluar 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Starbreeze Studios dijangkakan akan melancarkan permainan video rasmi Payday seterusnya pada 2023. Tetapi ia mungkin datang lebih awal daripada itu, menurut berita kewangan dari studio Sweden ini, yang meletak tempoh waktu keluaran 2022 hingga 2023 untuk Payday 3.

Sebagai sebahagian daripada penyusunan semula di studio, Starbreeze memberi anggaran aliran wang tunai untuk empat tahun akan datang. Starbreeze berkata ia menjangka untuk menyelesaikan perjanjian penerbitan untuk Payday 3 pada separuh pertama 2020 dan mendapatkan pembiayaan untuk membangunkan permainan. Starbreeze mengharapkan perkara yang sama untuk pembangunan berterusan bagi Payday: Crime War, penembak bertemakan heist versi mudah alih.

Starbreeze mendedahkan bahawa Payday 3 sudah dalam pembikinan beberapa tahun lalu.

Pada 2017, CEO studio Bo Andersson Klint berkata, “Dengan gembiranya, kami mengumumkan bahawa pembikinan Payday 3 secara rasmi dimulakan dan pada peringkat reka bentuk penuh.” Tetapi Klint menegaskan untuk bersabar: “Ia akan selesai apabila ia selesai. … Anda tidak boleh tergesa-gesakan Payday 3. “

Permainan sebelumnya dalam siri, Payday 2, dikeluarkan pada tahun 2013 untuk PlayStation 3, Windows PC, dan Xbox 360. Permainan ini telah dialihkan ke Linux, PlayStation 4, dan Xbox One dengan versi terbaru untuk Nintendo Switch pada Februari 2018.

Pada Disember 2018, Starbreeze Studios menstrukturkan semula studio selepas mengalami masalah kewangan. Dalam siaran akhbarnya pada hari Jumaat lalu, Starbreeze berkata “kerja pembinaan semula masih diteruskan dan syarikat berhasrat untuk membentangkan pelan pembinaan semula tidak lama lagi.” Starbreeze juga menyatakan bahawa rancangan kewangannya “bukan ramalan, tetapi hanya anggaran aliran tunai untuk membolehkan pelabur memberi pendapat tentang keupayaan Starbreeze membayar balik di masa depan. ”

Sumber – Polygon

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bo Andersson KlintPayday 3Payday: Crime WarstarbreezeStarbreeze Studios
Previous Post

[GameStart 2019] UNICLR, BBTAG dan RIVER CITY GIRLS telah kami cuba di booth Arc System Works! Jom usha pengalaman kami!

Next Post

Segala map FORTNITE kena sedut dengan BLACK HOLE!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Segala map FORTNITE kena sedut dengan BLACK HOLE!

Segala map FORTNITE kena sedut dengan BLACK HOLE!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd