Sony memulakan acara PlayStation Showcase 2021 hari ini dengan mendedahkan teaser untuk Star Wars Knights of the Old Republic Remake (KOTOR)! Buat masa ini, tarikh pelepasan rasmi masih belum ditentukan tetapi ia disahkan akan keluar sebagai game eksklusif “sementara” di PlayStation 5 (disahkan oleh Jeff Grubb). Studio Aspyr akan mengetuai proses pembangunan bersama bantuan Sony Interactive Entertainment di mana mereka juga akan bekerjasama dengan Lucasfilm Games untuk membina semula salah satu RPG terhebat dalam sejarah untuk generasi baru dengan teknologi moden, ciri baru, dan visual yang lebih cantik, sambil mengekalkan integriti jalan cerita dan watak original.
Semasa sesi “aftershow”, maklumat tambahan mengenai remake ini telah didedahkan. Game ini merupakan remake yang dibuat semula 100% berdasarkan teknologi baru dan bukan takat remaster dengan resolusi tinggi. Seperti namanya, Star Wars Knights of the Old Republic Remake akan menampilkan visual yang dipertingkatkan secara drastik dan mungkin mempunyai art style yang lebih “sesuai” pada generasi ini. Dari segi gameplay, beberapa pemaju untuk game KOTOR ori telah kembali untuk membantu Studio Aspyr dalam pembangunan.
Sekiranya anda tidak tahu, Aspyr amat terkenal kerana membawa pelbagai game Star Wars ke platform generasi semasa. Merekalah yang bertanggungjawab untuk menghidupkan semula siri Jedi Knight dan membawa Star Wars Podracer dari konsol gen lama ke generasi sekarang. Syarikat ini memang sudah biasa dengan jenama Star Wars selepas bantu membawa pelbagai game lama Star Wars ke Switch, PS4, Xbox One, PC, dan lain-lain.

Ini merupakan projek original pertama oleh studio, dan ternyata bukan kerja mudah untuk mencipta semula game RPG yang orang kata adalah antara yang “terbaik” dalam sejarah. Tanpa apa-apa gameplay, saya harap peminat Star Wars dapat menunggu dengan sabar apabila mereka mengumumkan berita seterusnya. Untuk segala liputan kami untuk acara PS Showcase 2021, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post