Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Star Ocean: The Second Story R (PS5) Review — Game Klasik Legenda Kembali ke Alaf Moden!

Maira by Maira
November 1, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Review, PS5, Review
0 0
0
Star Ocean: The Second Story R (PS5) Review — Game Klasik Legenda Kembali ke Alaf Moden!

Sumber: Square Enix

Share on FacebookShare on Twitter

Star Ocean: The Second Story R, game remake kepada entri kedua siri Star Ocean akan dilancarkan tidak lama lagi. Siri klasik ini sememangnya digemari oleh ramai pemain JRPG malah masih dianggap sebagai game terbaik dalam siri itu. Dibangunkan oleh Gemdrops dan diarahkan oleh Yuichiro Kitao, sudah pasti ramai yang mengharap game mampu membawa tajuk ke tahap yang lebih tinggi. Ternyata ia tidak mengecewakan! Nak tahu kenapa? Teruskan baca review kami ini!

https://www.youtube.com/watch?v=nmqoJZFNOG0

Cerita

Memandangkan setiap kisah dalam francais Star Ocean berbeza, jadi tiada masalah untuk pemain terus bermainnya sebagai game standalone. Yang menariknya, Star Ocean: The Second Story R memberi pemain pilihan untuk bermain sebagai dua protagonis, Claude C. Kenny dan Rena Lanford dengan laluan kempen masing-masing. Kedua-dua watak ini akan mengembara bersama, jadi jalan ceritanya tidak akan jauh berbeza. Walaupun begitu, game ini sudah menyediakan pelbagai variasi dalam beberapa senario termasuk akses kepada ahli parti eksklusif bergantung pada protagonis yang anda pilih. 

Sumber: Square Enix

Kisah game ini berlaku di sebuah planet bernama Expel yang telah dilanda bencana besar akibat kesan meteor “Sorcery Globe”. Sejak itu, seluruh tanah semakin terdedah kepada bencana alam serta peningkatan jumlah raksasa yang mengancam keamanan seluruh planet. Bergantung pada watak utama yang anda pilih, anda akan mendapat cerita yang berbeza pada permulaannya. Sebagai contoh, Claude seorang manusia dari Earth Federation, di mana dia melakukan tinjauan ke planet Milocinia dan secara tidak sengaja disedut ke dalam mesin teleporter misteri sehingga dia tercampak ke planet Expel.

Kalau memilih Rena pula, pengenalan cerita lebih tenang kerana Rena merupakan watak yang menghuni planet Expel dan suatu hari nanti bertemu dengan seorang lelaki yang mempunyai asal usul misteri (Claude). 

Sumber: Square Enix

Kalau anda ingin mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang cerita pada permulaan, maka Claude boleh dikatakan paling sesuai untuk dimainkan terlebih dahulu. Daripada pertemuan dua watak ikonik ini, anda akan dibawa ke pengembaraan epik melalui planet Expel untuk membongkar rahsia di sebalik Sorcery Globe, tetapi sebaliknya Claude dan Rena juga mempunyai matlamat peribadi mereka sendiri. 

Watak-watak sokongan dalam game ini juga menyumbang banyak kepada keseronokan terhadap cerita, kerana Star Ocean: The Second Story R dipenuhi dengan banyak watak menarik yang boleh direkrut ke dalam parti. Setiap daripada mereka mempunyai latar belakang, jalan cerita, personaliti dan rupa yang tidak dapat dilupakan. 

Sumber: Square Enix

Jadi, walaupun gameini tidak menampilkan watak yang boleh dimainkan sebanyak siri klasik Suikoden atau Chrono Cross, keseluruhan watak game masih meninggalkan kesan kuat kepada kami. Anda diberi peluang untuk rekrut watak-watak tersebut ke dalam parti. Bergantung pada keputusan anda, game ini hanya boleh mengikuti cerita Claude dan Rena, yang kelihatan lebih romantis.

Persembahan Visual yang menawan

Sudah tentu game ini mendapat wajah baharu daripada segi visualnya. Game ini menggabungkan sprite 2D untuk watak dengan grafik persekitaran yang dihasilkan dengan aset 3D. Ini agak berbeza daripada HD-2D yang masih mengekalkan gaya piksel kepada aset persekitarannya, tetapi Star Ocean: The Second Story R tidak cuba menutup kontras antara dua gaya grafik ini. Sejujurnya, kami berasa agak pelik melihatnya, tetapi selepas bermain game ini, kami secara tidak langsung kagum dengannya.

Game itu kelihatan lebih vibrant, berwarna-warni dan penuh dengan butiran yang membuatkan kami berasa seperti bermain game baharu dalam siri ini. Pembangun betul-betul meletakkan banyak usaha untuk mencipta dunia yang indah untuk diterokai, walaupun semasa meneroka World Map yang luas. Pemain dapat melihat perbezaan yang nyata dengan game asal yang kelihatan hambar. Suasana juga terasa lebih baik dengan adanya kesan pencahayaan yang betul dan transition lancar dari pagi ke malam apabila memasuki wilayah baharu.

Sumber: Square Enix

Selain daripada kualiti keseluruhan grafik, kami ingin memuji reka bentuk watak baharu yang dikendalikan oleh Yukihiro Kajimoto. Kami rasa dia berjaya mencipta versi terbaik bagi setiap watak ikonik ini dengan sentuhan rekaan kostum yang lebih terperinci jika nak dibandingkan dengan game versi PSP yang sangat minimalis.

Walaupun terdapat perbezaan reka bentuk yang ketara, setiap watak masih dapat dikenali dengan sekilas pandang sahaja, seolah-olah mereka tidak banyak berubah. Kajimoto sendiri telah mencipta artwork untuk semua watak utama dengan gabungan pose dan ekspresi yang berbeza supaya pemain lebih menikmati dialog cerita. Variasinya tidaklah sebanyak dalam versi PSP, tetapi setiap ia mempunyai animasi seperti pergerakan bibir dan kelip mata yang menjadikannya kelihatan lebih ekspresif.

Sumber: Square Enix

Daripada segi persembahan game itu sendiri, rata-rata kami berpuas hari tetapi kalau sprite 2D mendapat reka bentuk baharu mungkin lebih baik. Kalau anda ingin tahu, sprite masih lagi sama seperti versi PSP. Ia membuatkannya kelihatan lebih ketara pada persekitaran 3D game. Walaupun begitu, mungkin ada peminat yang menyukainya.

Combat

Sistem asas game masih sama seperti game asal. Setiap pertempuran akan membawa anda ke kawasan pertempuran khas seperti kebanyakan JRPG di mana anda boleh melawan gerombolan musuh dengan melancarkan serangan asas dan Special Arts atau Spell yang memakan MP. Senang cerita ia combat standard untuk RPG tetapi sudah tentu ada beberapa penambahan yang diberikan. Dua perbezaan besar yang ada dalam game ini ialah penambahan Break System dan Assault Action, yang membuatkan combat menjadi lebih sengit.

Pemain JRPG sudah tentu sudah biasa dengan Break System ini, di mana anda perlu memusnahkan armor atau perlindungan musuh. Musuh yang dalam keadaan Break lebih mudah untuk mendapat damage yang tinggi serta sukar untuk mengelak serangan daripada pemain. Dalam sesetengah senario sistem ini boleh menjadi sangat OP, tetapi anda perlu berwaspada kerana watak anda juga boleh terkena Break yang menyebabkan dia sangat mudah jatuh terutamanya apabila diserang oleh gerombolan musuh dari arah bertentangan.

Sumber: Square Enix

Assault Action pula adalah arahan khas untuk memanggil watak-watak di luar parti untuk melancarkan Ultimate mereka. Anda boleh menetapkan skill yang digunakan oleh setiap watak untuk Assault Action, jadi penting untuk menggunakannya secara ofensif dan untuk mendapatkan sokongan. Yang menariknya, anda boleh memanggil protagonis daripada siri Star Ocean yang lain untuk membantu anda. Cuma ia hanya terhad untuk Assault Action sahaja dan tidak boleh direkrut.

Terdapat juga Speheres system, yang memerlukan anda bermain dengan lebih agresif dan berhati-hati. Setiap musuh yang tumpas akan menjatuhkan Sfera dan jika jumlah tertentu dikumpul, seluruh parti boleh mendapat bonus dalam bentuk buff yang sangat membantu apabila berhadapan dengan pertempuran yang sukar. Bonus ini boleh terus dibawa selagi watak anda tidak Break oleh musuh yang sangat sukar untuk dielakkan, tetapi sekurang-kurangnya games ini masih memberikan beberapa jenis intensif untuk mereka yang pandai bermain.

Sumber: Square Enix

Satu perubahan lain yang kami suka adalah tiada lagi random encounter! Jadi tiadalah musuh tiba-tiba terjah semasa meneroka. Musuh kini ditanda dengan simbol berwarna yang mengikut tahap kesukaran mereka. Jadi kalau rasa anda tidak yakin untuk berlawan, elak sahaja mereka semasa meneroka nanti.

Kami rasa sistem tcombat telah menerima upgrade yang mencukupi untuk memastikannya seronok untuk dimainkan. Walaupun begitu, Star Ocean: The Second Story R belum sepenuhnya bebas daripada versi lamanya. Terutamanya pada watak AI Magic-type semasa combat. Watak masih boleh berlawan atau memberikan sokongan apabila diperlukan, sekurang-kurangnya sehingga mereka kehabisan Mana atau MP. Selepas itu, watak mage seperti Rena atau Celie hanya berdiri sahaja tanpa melakukan apa-apa.

Ini agak mengecewakan dan sebarang percubaan untuk menjadikan mereka lebih aktif dalam pertempuran agak sia-sia. Watak yang kehabisan Mana masih boleh melawan menggunakan serangan asas, atau sekurang-kurangnya menggunakan item lain untuk memulihkan MP mereka sendiri. Malangnya, anda akan terperangkap dalam senario pertempuran yang membosankan, yang akan memaksa anda untuk mengawal watak atau memulihkan MP mereka secara manual. Dari apa yang saya rasa ini hanya mempengaruhi watak berasaskan sihir, jadi watak dengan gaya pertarungan jarak dekat, masih boleh bertindak sendiri tanpa perlu diawasi.  

Sumber: Square Enix

Skop kandungan dan Ciri-ciri lain

Star Ocean: The Second Story R sangat padat dengan kandungan yang boleh dinikmati dalam pelbagai walkthrough. Game ini mempunyai berpuluh-puluh penamat yang berbeza dengan sistem dating-sim sendiri. Tidak semua pengakhirannya akan menghala ke arah romantis, tetapi sekurang-kurangnya anda masih boleh memilih untuk fokus pada satu hubungan dengan Claude atau Rena. Terdapat juga pilihan untuk mempunyai dua protagonis sebagai pasangan tanpa mana-mana ahli parti lain, jadi anda diberi kebebasan bebas untuk pengembaraan tersebut.

Sistem ini dipanggil Private Action, yang boleh diaktifkan pada bila-bila masa apabila melawat kawasan baru atau maju lebih jauh dalam cerita. Apabila diaktifkan, semua watak akan meninggalkan parti anda untuk melakukan perkara mereka sendiri sama ada bersendirian atau semasa berinteraksi dengan ahli parti lain. Private Action mempunyai banyak senario menarik yang sukar untuk diramalkan, tetapi anda juga kadangkala perlu membuat keputusan yang memberi kesan kepada Friendship Level anda dengan setiap watak. Melalui mode ini anda boleh mengetahui sisi menarik watak yang anda ingin kenali dengan lebih baik dan memilih penamat yang anda inginkan.

Sumber: Square Enix

Game ini juga membawa ciri asal lain seperti Item Creation yang merangkumi pelbagai jenis bahan habis pakai dan Specialties yang bergantung pada tahap IC atau Specialty Skill setiap watak. Keseluruhan sistem boleh berasa sangat kompleks dan kasar, tetapi di sinilah anda boleh memanfaatkan sepenuhnya wang anda untuk menguatkan watak anda atau menjadikan watak lain menjadi penyumbang hebat kepada parti anda.

Selain itu, terdapat juga game mini, pelbagai QoL yang menjadikan game lebih menyeronokkan untuk dimainkan, pilihan untuk menukar suara watak dan arrangement lagu daripada versi lama dan baharu, dan mode New Game+ yang tidak pernah dilihat dalam siri sebelumnya.

Sumber: Square Enix

Kesimpulan

Sejak pengumumannya, kami sangat teruja untuk melihat game legenda mendapat remake yang hampir sempurna. Sudah tentu ada beberapa bahagian yang perlukan penambahbaikan terutamanya pada watak AI semasa combat dan juga sprite 2D. Walaupun begitu, persembahan  Star Ocean: The Second Story R memang menyerlah dengan gaya serba baru, combat yang sengit serta responsif dan juga ciri QoL yang membuatkannya mudah untuk semua pemain enjoy.

Lebih penting sekali, kandungannya juga memang terbaik seperti mana siri asalnya. Jadi kalau anda pemain lama ataupun baru, kami memang syorkan anda untuk bermain Star Ocean: The Second Story R apabila ia lancar nanti!

Star Ocean Second Story R akan keluar pada PS5, PS4, Nintendo Switch dan PC melalui Steam pada 2 November 2023. Untuk membaca review lain daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Star Ocean: The Second Story R

9 Score

PROS

  • Visual yang cantik dengan gaya baharu
  • Perubahan hebat pada sistem combat
  • Boleh dimainkan semula dengan dua pilihan protagonis dan banyak pengakhiran yang berbeza
  • Tiada lagi random encounter

CONS

  • Watak AI mage perlu penambahbaikan
  • Sprite 2D yang sama daripada game asal

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: Star OceanStar Ocean: The Second Story R
ShareTweetSend
Previous Post

Granblue Fantasy Versus: Rising Ditunda Ke 14 Disember, Dulu November

Next Post

Review HONOR X9b 5G – Smartphone Paling “Tahan Lasak & Kukuh” Setakat Ini?

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Review HONOR X9b 5G – Smartphone Paling “Tahan Lasak & Kukuh” Setakat Ini?

Review HONOR X9b 5G - Smartphone Paling "Tahan Lasak & Kukuh" Setakat Ini?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd