Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Square Enix Presents] Trailer baru Outriders 101 mendedahkan jalan cerita, semua kelas, dan kandungan post-campaign!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 19, 2021
in Acara, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Square Enix Presents] Trailer baru Outriders 101 mendedahkan jalan cerita, semua kelas, dan kandungan post-campaign!
Share on FacebookShare on Twitter

Diadakan hari ini, acara Square Enix Presents telah menampilkan banyak maklumat baru tentang sejumlah projek terbaru mereka termasuk Outriders, yang akan dilancarkan pada 1 April! Bersama trailer CGI yang memberikan gambaran ringkas tentang planet Enoch, pemaju People Can Fly juga mengeluarkan trailer Outriders 101 yang bertujuan untuk menyampaikan lebih banyak maklumat.

Beberapa minit pertama video ini menunjukkan gambaran keseluruhan plot dan latar belakang Outriders. Kisahnya bermula ketika pasukan askar untuk penjajah  bernama Outriders) bertemu dengan ribut tenaga misteri yang dipanggil sebagai “the anomaly“. Walaupun semua hampir mati, ada beberapa yang berjaya bertahan hidup tetapi berubah dengan manusia dengan kuasa “superhuman”. Penduduk planet ini juga berubah, lantas menjadikan mereka ancaman yang lebih bahaya bagi Outriders yang masih hidup.

Dengan kuasa anomali yang mengalir dalam badan mereka, Outriders dibahagikan kepada empat kelas berbeza iaitu:

  • Trickster, yang mengkhususkan diri dalam pertempuran jarak dekat.
  • Technomancer, pakar sokongan jarak jauh.
  • Pyromancer, yang merupakan kelas jarak tengah yang mempunyai kawalan ke atas api.
  • Devastator, yang memfokuskan pada pertempuran jarak deka untuk melakukan damage besar.

Setiap satu dari empat kelas ini mempunyai gaya permainan yang boleh disesuaikan di samping skill tree yang luas.

Untuk gameplay pula, ia adalah third-person shooter yang dicampurkan dengan elemen-elemen RPG. Penjelajahan sangat digalakkan di Outriders, memandangkan planet Enoch dipenuhi dengan pelbagai persekitaran seperti kawasan pergunungan bersalji, hutan lebat, dan padang pasir yang kosong. Outriders juga mempunyai banyak misi sampingan yang membolehkan pemain dapatkan peralatan, senjata, dan baju besi baru, yang semuanya dapat dimodifikasi untuk memberi impak besar kepada kemahiran dan kebolehan pemain dalam pertempuran.

Sistem “crafting” dan “loot” juga memainkan peranan penting untuk pemain menyesuaikan diri dengan peralatan mereka, terutama sekali setelah mereka sampai ke post-campaign Outriders yang bernama Expeditions. Expeditions hanya dikhususkan untuk Outriders yang terkuat, memandangkan misinya memaksa pemain menentang makhluk-makhluk paling bahaya di planet Enoch.

Itu sahaja info yang saya dapat dari trailer Outriders 101. Outriders akan dikeluarkan pada 1 April 2021, untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X. Untuk segala liputan kami tentang Square Enix Presents, sila tekan pautan ini.

Outriders
Publisher: Square Enix
Release Date: 2021-04-01
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Outriders adalah penembak orang ketiga yang akan datang yang dikembangkan oleh People Can Fly dan diterbitkan oleh Square Enix. Ini akan dirilis pada 1 April 2021 untuk Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X / S. Ia juga akan dilancarkan di Stadia pada 2021.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GameplayJalan CeritaOutridersOutriders 101People Can FlySquare Enix Presents
Previous Post

[Square Enix Presents]: Life Is Strange: True Color dilancarkan pada 10 September

Next Post

[Square Enix Presents]: Reboot trilogy Tomb Raider boleh didapatkan dalam bentuk bundle

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Square Enix Presents]: Reboot trilogy Tomb Raider boleh didapatkan dalam bentuk bundle

[Square Enix Presents]: Reboot trilogy Tomb Raider boleh didapatkan dalam bentuk bundle

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd