Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Square Enix mengumumkan game ‘life simulator’ HARVESTELLA untuk Switch & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 28, 2022
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, RPG, Simulator, Steam
0 0
0
Square Enix mengumumkan game ‘life simulator’ HARVESTELLA untuk Switch & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah mengumumkan game life simulator RPG HARVESTELLA untuk Switch dan PC melalui Steam) yang bakal dilancarkan pada 4 November di seluruh dunia. Berikut adalah gambaran keseluruhan permainan, menurut Square Enix:

SInopsis

Dalam dunia yang berwarna-warni, pemain akan menjaga tanaman mereka, berkawan dengan penduduk bandar, mengatasi ancaman, menemui asal usul dunia dan kebenaran di sebalik musibah di sepanjang pengembaraan.

Kisah ini bermula apabila pemain bangun di tengah-tengah “Quietus,” sejenis malapetaka yang datang dengan setiap perubahan musim dan mengancam semua kehidupan.

Antara ciri-ciri penting yang diumumkan:

Dunia – Pemain akan dapat menerokai pelbagai bandar dan dungeon di dalam dunia: “Nemea Town”, tempat bunga sakura mekar sepanjang tahun, “Seaside Town Shatolla,” dengan pemandangan bar yang meriah, “Lethe Village,” dengan keindahannya warna empat musim, dan “Holy Capital Argene” yang dilitupi salji. Untuk sampai ke “Seaslight,” iaitu empat kristal gergasi yang mengawal musim, pemain mesti menyeberangi laluan yang indah tetapi bahaya.

Kehidupan seharian– Sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan boleh ditanam di ladang dan dihantar untuk mendapatkan wang atau digunakan sebagai bahan crafting. Ia juga boleh digunakan untuk memasak, di mana resipi boleh memberi kesan memulihkan HP atau meningkatkan statistik buat sementara waktu, yang amat berguna semasa mengembara. Di rumah, pemain menjaga haiwan mereka iaitu: burung “Cluffowl,” kambing “Woolum,” dan haiwan peliharaan mereka “Totokaku,” yang boleh membawa pelbagai ganjaran yang baik.

Rakan seperjuangan – Pemain akan bertemu rakan baru, seperti “Shrika,” seorang mubaligh yang mencari kepercayaan baharu, “Heine,” seorang mekanik yang gatal dan kacak, “Asyl,” keturunan Wind Reader dan “Aria,” seorang gadis misteri yang datang dari masa depan. Dengan menghadapi masalah dan cara hidup mereka yang berbeza, anda akan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang rakan sekutu.

Pertempuran – Semasa bertarung, bertukar serta-merta antara pelbagai jenis job, seperti “Fighter”, yang melancarkan teknik pedang pantas, “Shadow Walker”, yang melakukan pukulan maut dengan pedang kembar, atau “Mage”, yang pakar dalam sihir menyerang. Lawan musuh yang kuat dengan menyasarkan titik lemah mereka dan kemudian hapuskan mereka dengan serangan Double Break yang kuat.

Sekali lagi saya ingatkan, HARVESTELLA akan dilancarkan untuk Switch dan PC melalui Steam) pada 4 November 2022.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HARVESTELLAPCsquare enixswitch
Previous Post

Megaman Battle Network Legacy Collection akan hadir ke PS4, Switch dan Steam pada 2023!

Next Post

Nier: Automata edisi The End of YoRHa akan dilancarkan pada 6 Oktober 2022 di Nintendo Switch

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Nier: Automata edisi The End of YoRHa akan dilancarkan pada 6 Oktober 2022 di Nintendo Switch

Nier: Automata edisi The End of YoRHa akan dilancarkan pada 6 Oktober 2022 di Nintendo Switch

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd