SQUARE ENIX kini menganjurkan kempen SQUARE ENIX Days of Play Sale 2025, menawarkan pelbagai diskaun menarik untuk judul-judul ikonik di PlayStation Store.
Berlangsung sehingga 11 Jun 2025, jualan ini memberi peluang kepada peminat untuk mendapatkan game digital popular dengan harga yang jauh lebih rendah, termasuk francais terkenal FINAL FANTASY.
Sama ada anda peminat setia atau baru sahaja ingin mencuba dunia epik ini, inilah masa terbaik untuk meneroka keajaiban dunia SQUARE ENIX dengan nilai yang sukar ditandingi.
FINAL FANTASY VII REBIRTH
Diskaun: 30% (RM213.25, harga asal RM304.65)
Bahagian kedua dalam trilogi FINAL FANTASY VII Remake ini membawa pemain ke pengembaraan Cloud Strife dan rakan-rakannya, yang sedang melarikan diri dari bandar Midgar. Jelajahi dunia luas, tunggang chocobo, dan atasi takdir dalam pengalaman RPG aksi yang mendapat pujian ramai ini.
FINAL FANTASY VII REMAKE & REBIRTH Twin Pack
Diskaun: 30% (RM310.24, harga asal RM443.21)
Pek istimewa ini menggabungkan FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE dan FINAL FANTASY VII REBIRTH, memberikan pengalaman lengkap setakat ini dalam trilogi FFVII Remake. Alami perjalanan penuh Cloud Strife — dari Midgar yang ikonik ke dunia luar yang luas — dengan visual memukau dan sistem combat yang mengasyikkan.
FINAL FANTASY XVI COMPLETE EDITION
Diskaun: 35% (RM194.35, harga asal RM299.00)
Terokai dunia fantasi gelap dalam FINAL FANTASY XVI COMPLETE EDITION, yang merangkumi game asas bersama dua expansion: Echoes of the Fallen dan The Rising Tide. Ikuti kisah Clive Rosfield, First Shield of Rosaria, dalam misi balas dendam terhadap Eikon Ifrit, di dunia yang diperintah oleh Eikon hebat dan Dominant mereka. Ini adalah RPG aksi penuh pertama dalam siri utama FINAL FANTASY.
FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE
Diskaun: 60% (RM72.95, harga asal RM182.38)
Versi terbaik untuk game pertama dalam trilogi FINAL FANTASY VII Remake, INTERGRADE hadir dengan game asas serta kandungan tambahan FF7R EPISODE INTERmission.
FINAL FANTASY VII REMAKE (PS4 Sahaja)
Diskaun: 50% (RM65.72)
Bagi pengguna PS4, inilah peluang terbaik untuk menikmati FINAL FANTASY VII REMAKE pada harga istimewa.
Untuk senarai lengkap tajuk yang ditawarkan dengan diskaun, sila layari laman rasmi SQUARE ENIX Days of Play Sale untuk Malaysia di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post