Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spy x Family Season 2 akan tiba 2023, serta filem pertama!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 18, 2022 - Updated on January 1, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga, Movie/siri
0 0
0
Spy x Family Season 2 akan tiba 2023, serta filem pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Spy x Family telah mengumumkan pada Jump Festa 2023 bahawa Season 2 anime itu sedang dalam produksi bersama dengan filem pertamanya, kedua-dua tersebut ditetapkan untuk tayangan pada tahun 2023. Mereka juga telah mendedahkan teaser visual sebagai peringatan yang dilukis oleh pencipta siri itu, Endou Tatsuya.

Filem Spy x Family akan menampilkan kisah original di mana ia tiada kaitan dengan jalan cerita utama. Filem ini akan ditulis sendiri oleh Endou Tatsuya dan dia juga akan menyelia filem ini bersama-sama mencipta reka bentuk watak baru yang akan tampil di dalam filem.

Tahun 2023 nanti, memang peminat akan dapat banyak anime shounen hebat antaranya Sasuke Retsuden, Code Arc Boruto, Jujutsu Kaisen Season 2 dan banyak lagi. Spy x Family Season 2 juga akan sertai barisan anime hebat ini bersama filem pertama. Memang bertuah betul peminat anime sekarang.

Buat sesiapa yang tidak tahu tentang Spy x Family, ia merupakan siri anime adaptasi manga yang dihasilkan oleh Endou Tatsuya. Anime ini masih lagi ditayangkan dan anda boleh menontonnya di pelbagai platform rasmi. Berikut adalah sinopsisnya:

Bagi ejen yang dikenali sebagai “Twilight,” tiada arahan yang terlalu hebat jika ia adalah demi keamanan. Beroperasi sebagai pengintip utama Westalis, Twilight bekerja tanpa jemu untuk menghalang “extremist” daripada mencetuskan perang dengan negara jiran Ostania. Untuk misi terbarunya, dia mesti menyiasat ahli politik Ostania Donovan Desmond dengan menyusup ke sekolah anaknya: Eden Academy yang berprestij. Oleh itu, ejen itu menghadapi tugas paling sukar dalam kerjayanya: berkahwin, mempunyai anak, dan berlakon sebagai keluarga.

Buat masa ini, masih tiada tarikh rasmi untuk keluaran Spy x Family Season 2 dan filemnya. Kami akan kemas kini kepada anda selepas mendapat maklumat lanjut. Jika anda ingin menonton anime ini, ianya tersedia di Netflix dan iQIYI. Manganya juga boleh dibacakan secara percuma melalui aplikasi dan laman web MangaPlus. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime ini daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeJump FestaSpy x FamilySpy x Family MovieSpy x Family Season 2
Previous Post

[Comic Fiesta 22] Fahami industri lakonan suara Malaysia bersama Azman Zulkiply, Su Ling Chan & “Uncle” Ali Imran!

Next Post

Anime Ayakashi Triangle akan tiba 9 Januari – Lelaki ninja berubah jadi perempuan?

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Anime Ayakashi Triangle akan tiba 9 Januari – Lelaki ninja  berubah jadi perempuan?

Anime Ayakashi Triangle akan tiba 9 Januari - Lelaki ninja berubah jadi perempuan?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd