Bandai Namco Entertainment telah mengumumkan game Spy x Family baharu iaitu Spy x Anya: Operation Memories semasa Nintendo Direct September. Game tersebut dijadualkan untuk lancar pada 2024. Anda boleh tonton trailer game di bawah.
Melihat daripada trailer game tersebut, nampaknya kita akan mengikuti kisah seharian Anya sambil dia memenuhi diarinya dengan kisah-kisah semasa di sekolah. Kita juga akan bermain game mini dengan watak-watak daripada siri tersebut seperti Damian. Dengan bermain game mini ini, anda boleh mendapatkan kostum comel untuk koleksi anda. Kostum ini nanti boleh dipakaikan kepada watak! Sudah tentu kita akan bertemu dengan watak-watak utama siri yang lain seperti Loid, Yor dan Bond. Tidak dilupakan juga Yuri dan juga Fiona.

Jangan lupa untuk tangkap gambar semasa melawat tempat-tempat menarik seperti pantai, muzium seni dan banyak lagi! Berikut adalah gambar diari yang boleh anda ambilkan untuk Anya:
- Ambil gambar apabila Anya menjumpai benda menarik
- Terdapat banyak perkara yang membuatkan Anya teruja seperti rama-rama, buaian dan lain-lain. Ambil gambar hebat untuk Anya penuhkan diarinya
- Terdapat lebih 10 destinasi unik untuk dilawati

Spy x Anya: Operation Memories akan dilancarkan di PS5, PS4, Nintendo Switch dan PC melalui Steam pada 2024. Buat masa ini, tiada tarikh tetap yang diumumkan. Nantikan pengumuman lanjut mengenainya pada masa depan. Untuk mendapatkan berita terkini mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post