Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Spotlight Mangaka] Kenali GEGE AKUTAMI Serta Karya Manga Yang Dihasilkan!

Maira by Maira
January 17, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
[Spotlight Mangaka] Kenali GEGE AKUTAMI Serta Karya Manga Yang Dihasilkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Selalu sembang pasal manga, ramai yang jarang berberita mengenai pencipta disebalik karya hebat tersebut. Kali ini kami ingin mulakan topik baharu di mana kita mengenali secara ringkas mengenai mangaka atau pelukis manga terkenal serta karya-karya yang mereka terlibat dan siri yang dihasilkan. Untuk edisi pertama ini, jom kita kenali Gege Akutami, pencipta siri Jujutsu Kaisen.

Sumber: Gege Akutami

Gege Akutami seperti kebanyakan mangaka lain tidaklah menggunakan nama sebenarnya dalam menghasilkan karyanya. Kalau anda ingin tahu, Akutami memulakan kerjayanya sebagai pelukis manga dengan menjadi pembantu kepada Yasuhiro Kano dalam menghasilkan Kiss x Death pada 2014. Pada tahun yang sama, Akutami turut menghasilkan manga one-shot pertamanya bertajuk Kamishiro Sousa. Sejak itu, mangaka ini menghasilkan beberapa one-shot sehinggalah siri Jujutsu Kaisen terhasil.

Jom kita lihat manga yang dihasilkan oleh Gege Akutami!

1. Kamishiro Sousa (2014)

Sumber: Shueisha

Diterbitkan melalui majalah Jump NEXT pada Mei 2014, Kamishiro Sousa mengikuti kisah Ganji dan Suzu, yang merupakan sebahagian daripada Hondo Metropolitan Police God Weapon Control Division, dihantar untuk menyiasat mengapa pulau tertentu di luar pantai Jepun telah menjadi gelap! Apabila mereka mendekatinya, mereka mengetahui sebabnya— penutup gergasi seperti periuk telah menutupi seluruh pulau!

2. No.9 (2015)

Sumber: Shueisha

Satu lagi komik one-shot yang diterbitkan dalam Jump NEXT pada Mei 2015 oleh Akutami Gege.

Ia mengisahkan bandar Rakkachou ataupun “Yakuza Town”, di mana protagonis, Megumi yang pulang ke rumah mendapati anjing kesayangannya dibunuh dengan kejam kerana ingin memaksa ibunya untuk menjual rumah mereka kepada jerung darat. Insiden itu menarik perhatian Hiromasa “Nine” Tsukumo, seorang individu yang diikuti makhluk ganjil berkuasa yang tidak disedari sesiapa kecuali Megumi. Apabila Nine cuba menubuh kumpulan Yakuzanya dengan niat melindungi Yakuza Town, dia secara perlahan membawa Megumi lebih dekat kepada kebenaran sebenar dunia meraka.

3. Nikai Bongai Barabarujura (2016)

Sumber: Shueisha

Berbeza dengan one-shot Akutami sebelum ini, Nikai Bongai Barabarjura diterbitkan sebagai one-shot dalam majalah Weekly Shonen Jump pada Oktober 2016. One-shot ini juga pernah dinobatkan untuk anugerah “Gold Future Cup” majalah tersebut.

Kisahnya bermula pada 20 tahun yang lalu, di mana perjanjian antara dunia dan dewa menghasilkan Oracle Agreement, larangan penggunaan senjata. Bagaimanapun, raksasa gergasi yang dikenali sebagai “kaiju” muncul tidak lama kemudian, dan manusia dibiarkan tanpa pertahanan. Kento Noroma, seorang gangster sekolah menengah, mempunyai kemahiran melawan yang luar biasa, yang dia gunakan untuk alasan yang salah. Tetapi selepas bertemu dengan Nodoka Hayami—seorang gadis yang mengawal salah satu daripada binatang yang dipanggil “fukujin”—Kento bercita-cita untuk menjadi pilot fukujin dan menggunakan bakatnya untuk membantu melawan kaiju.

4. Tokyo Metropolitan curse Technical School (2017)

Sumber: Shueisha

Pada 2017, Gege Akutami telah menerbitkan manga empat bab yang bertajuk “Tokyo Metropolitan Curse Technical School” melalui Jump GIGA. Kalau anda ingin tahu, inilah siri yang akhirnya menjadi prekuel untuk siri Jujutsu Kaisen!

5. Jujutsu Kaisen (2018 – sekarang)

Sumber: Shueisha

Pada tahun seterusnya, barulah siri shonen popular, Jujutsu Kaisen diterbitkan pada Mac 2018. Ia turut dinobatkan dalam pelbagai anugerah sebagai contoh, Shogakukan Manga Award pada 2019 dan Annual Tezuka Cultural Prize pada 2021.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Mangaka mana yang anda ingin kami highlight selepas ini? Boleh kongsikan cadangan di ruang komen! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai manga daripada kami, boleh klik pautan ini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gege AkutamiJujutsu KaisenKamishiro SousaNikai Bongai BarabarujuraNo.9Tokyo Metropolitan Curse Technical School
ShareTweetSend
Previous Post

Uniqlo UT Bawakan Kembali 6 Design T-shirt Kolaborasi Metal Gear! Tersedia Sekarang!

Next Post

Filem Adaptasi Game Until Dawn Dalam Penghasilan, Akan Diarah oleh Pengarah Lights Out & Shazam!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Filem Adaptasi Game Until Dawn Dalam Penghasilan, Akan Diarah oleh Pengarah Lights Out & Shazam!

Filem Adaptasi Game Until Dawn Dalam Penghasilan, Akan Diarah oleh Pengarah Lights Out & Shazam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd