Kita kembali dengan mangaka baharu untuk Mangaka Spotlight pada bulan ini, iaitu Akira Toriyama. Kalau anda tidak mengenali siapa pelukis komik ini, kami pasti anda mengenali siri-siri seperti Dragon Ball dan Dr. Slump. Kalau anda ingin tahu, siri-siri popular itu telah dihasilkan oleh Toriyama.
Yang menariknya, sepanjang menjadi seorang mangaka, Toriyama telah mencipta lebih daripada 40 siri manga dengan ada daripadanya tidak pernah diterbitkan malah pelbagai one-shot. Jom kita lihat kesemua karyanya sehingga sekarang!
Awawa World (1977)

Manga ini menceritakan tentang dua orang Samurai yang bertemu watak yang kelihatan seperti Superman.
Mysterious Rain Jack (1978)
Manga ini menarik tetapi sayangnya tidak dapat diterbitkan kerana ia merupakan parodi kepada siri Star Wars. Beberapa muka surat daripada siri ini pernah didedahkan semasa pameran.
Wonder Island (1978)
Manga ini merupakan siri pertama yang diterbitkan dan mempunyai dua bahagian. Kalau anda ingin tahu, siri inilah yang menjadi tajuk debut untuk watak P-Man dalam Dr. Slump.
Today’s Highlight Island (1979)
Siri one-shot ini mengisahkan seorang pelajar bernama Kanta yang tidak mahu makan kerana sakit gigi. Dia telah bertemu dengan Dr. Goat yang menjadikannya bahan eksperimen, yang menjadikan sakit gigi Kanta semakin teruk.
Tomato, Girl Detective (1979)
Kalau anda ingin tahu, siri ini merupakan kejayaan pertama buat Toriyama. One-shot ini memperkenalkan Akai Tomato, seorang anggot polis muda yang naif. Disebabkan rupanya yang cantik, dia telah diterima baik oleh rakan sekerjanya. Semasa meronda bersama Slump, pelbagai benda menarik yang berlaku.
Dr. Slump (1980)

Kami pasti ramai antara anda yang mengenali Dr. Slump, siri yang menceriakan kaca televisyen kita dahulu. Siri ini juga merupakan siri major pertama Toriyama. Kita telah diperkenalkan dengan seorang gadis Android bernama Arale Norimaki dan mengikuti kisah hari-harinya.
Pola & Roid (1981)
Satu lagi manga one-shot yang dihasilkan oleh Akira Toriyama, di mana kita mengikuti kisah Roid yang ingin menjadi hero terhebat galaksi!
Escape (1982)
Escape merupakan kisah pendek mengenai seorang gadis yang tidak boleh dijumpai dalam apa jua keadaan.
Mad Matic (1982)
Kisah one-shot Mad Matic pula membawa kita melihat watak utama dengan anjing terbangnya mengembara di kawasan gersang, dan kini mereka sudah dahaga. Dugaan mereka tidak terhenti di situ, kerana mereka telah diserang oleh Gun-Gun dan kemudiannya ditangkap oleh dua gadis bernama Nivea dan Muhi.
Pink (1982)
Di sebuah padang pasir yang besar, seorang gadis muda bernama Pink telah bekerja sebagai pencuri air yang disimpan oleh Silver Company.
Chobit (1983)

Manga dua bahagian ini mengikuti kisah Mugifune Yamani yang merupakan satu-satunya anggota polis di Ton Ton Village. Satu hari dia telah bertemu dengan gadis alien bernama Chii yang datang daripada planet Micron. Dengan bantuannya, Mugifune perlu menghentikan penjahat yang dipanggil Mack The Shooter.
Dragon Boy (1983)
Kalau anda ingin tahu, Dragon Boy merupakan prototaip untuk siri popular yang kita kenali, Dragon Ball. Sudah tentu ada beberapa perbezaan pada siri ini jika dibandingkan dengan Dragon Ball.
The Adventures of Tongpoo (1983)
Siri dua bahagian ini memperkenalkan konsep awal untuk Capsule. Kita diperkenalkan kepada lelaki cyborg bernama Tongpoo yang merupkan satu-satunya krew kepada kapal yang dikenali sebagai “Planet 12”. Kalau anda ingin tahu, kapal tersebut dihantar daripada Bumi untuk menyiasat planet-planet makhluk asing.
Dragon Ball (1984)

Siri paling popular yang dihasilkan oleh Akira Toriyama. Dragon Ball mengisahkan tentang seorang pahlawan muda bernama Son Goku, seorang budak lelaki yang aneh dengan ekor yang memulakan usaha untuk menjadi lebih kuat dan mengetahui tentang Dragon Ball yang boleh kabulkan apa-apa hajat.
Mister Ho (1986)
Berlaku dalam dunia sama seperti Dragon Ball. Pada waktu itu, negara Selatan dan Selatan saling berperang antara satu sama lain. Kita diperkenalkan kepada Mr. Ho yang telah jatuh hati dengan seseorang semasa melawat negara Selatan. Disebabkan dia datang dari Utara, perempuan itu tidak menyukainya. Tetapi selepas membantu adiknya, Chazke dan menyelamatkannya perempuan itu akhirnya terpikat dengan Mr. Ho.
Lady Red (1987)
Sebuah manga komedi oleh Akira Toriyama yang agak eksplisit. Kita diperkenalkan dengan Lady Red yang merupakan pembanteras jenayan yang mendapati bahawa pelacuran memberikan bayaran yang lebih baik daripada kerjanya sekarang.
Sonchoh (1988)
Siri one-shot ini membawa kita mengikuti kisah Tetsunoshin Kataiwa yang merupakan ketua kampung Pon Pon dan melindunginya dengan kenderaannya yang digelar “Pochi”. Satu hari seorang samseng merancang untuk memusnahkan kampung tersebut dengan memusnahkan penjana kuasa terbesar di situ. Nasib baik Pochi mampu terbang dan melepaskan roket berapi.
Mamejiro (1988)
Mamejiro merupakan seorang kanak-kanak yang tingaal di pinggir kampung. Dia seorang yang kuat kerana sering membantu ibu bapanya berkebun. Dia bertukar menjadi samseng selepas bapanya memakan ais krimnya.
Clear Skies, Karamaru (1989)
Siri ini memperkenalkan Karamaru, seorang ninja yang membawa cendawan ke bandar untuk menjualnya dan membeli ubat serta rokok untuk atuknya yang sakit. Tetapi masalah menimpa apabila cendawannya itu dicuri.
Rocky (1989)
Siri ini merupakan spin-off kepada Sr. Slump. Kita mengikuti Rocky, seorang pelumba kereta yang telah melanggar had laju semasa memandu.
Wolf (1990)
Wolf merupakan one-shot yang hadir dengan twist menarik Little Red Riding Hood, di mana serigala telah menggunakan masanya untuk meronda dengan motosikalnya.
Cashman – Saving Soldier (1990)

Protagonis kita, Jiora dalam siri ini kelihatan seperti bangsa Frieza. Dia merupakan seorang anggota polis daripada planet Biretijon. Satu hari, kapal angkasanya telah terhempas ke bumi semasa mengejar penjahat berbahaya. Untuk mengumpul duit untuk mendapatkan minyak untuk kapalnya, Jiora telah menjadi Cashman, seorang hero yang membanteras kejahatan.
Dub & Peter 1 (1992)
Manga empat bahagian ini berlaku di Pepper Town yang memperkenalkan Dub dan Peter. Kalau anda ingin tahu, watak-watak ini telah membuat kameo dalam siri Dragon Ball Heroes: Victory Mission.
Go! Go! Ackman (1993)
Ackman, anak kecil demon yang berusia 200 tathun telah bangkit daripada tidurnya dan mula membunuh orang untuk menjual roh mereka dan mendapatkan wang.
Alien X-Peke (1996)

Manga dua bahagian ini mengikuti kisah Peke yang datang daripada planet Hanamaru. Dia gembira apabila berjaya menemui Bumi tetapi akhirnya terdampar di planet itu tergelincir daripada kapalnya itu.
Tokimecha (1996)
Tokimecha memperkenalkan Tai yang telah mencipta Mesin Masa dan telah pergi ke zaman pra-sejarah di mana dia bertemu dengan seorang lelaki kuat. Bersama-sama mereka telah menentang dinosaur dan musuh-musuh lain.
Bubul & the magical village (1997)
One-shot ini membawa kita mengikuti Bubul yang menetap di sebuah dimensi dihuni oleh makhluk magic serta raksasa. Satu hari dia bertemu dengan Patchi, seorang pencuri yang datang daripada Bumi.
Cowa! (1997)
Cowa! memperkenalkan Paifu, separuh vampire, separuh koala jadian yang sering berada dalam masalah. Dia sering bersama temannya, Jose Rodriguez. Apabila demam raksasa mula tiba di bandar mereka, tiba masanya untuk mereka menyelematkan orang dewasa di bandar itu.
Kajika (1998)
Kajika mengisahkan protagonis dan misinya untuk kembali menjadi lelaki biasa.
Haigyo no Mahimahi (1999)
Mengikuti pengembaraan triton kecil, Sui-Sui yang memperkenalkan kepada pembaca beberapa jenis belut dalam dunia.
Nekomajin (1999)
Berpusatkan Neko Majin, manga ini membawa kita mengikuti pengembaraan pelbagai watak yang memaparkan seni mempertahankan diri dan jenaka.
Hyowtam (2000)
Manga ini adalah tentang makhluk dari atas awan yang datang ke Bumi, mencari telur yang dijatuhkannya. Dia mencari telur misteri itu menggunakan kenderaan yang dipanggil Tama-Tama dan meminta bantuan haiwan di rantau itu.
Sand Land (2000)

Manga ini membawa kita mengikuti kumpulan yang mencari tasik legenda. Kumpulan pelik itu sendiri agak pelik dengan terdiri daripada polis, Sheriff Rao, Beelzebub, seorang anak raja dan Thief, pembantunya.
Toccio the Angel (2003)

Toccio merupakan seorang dewa yang suka bermain dan benci belajar. Tidak tahan dengan tingkahlakunya, Big Boss telah mengarahnya untuk membantu orang lain atau dia akan hilan tempatnya di syurga. Dihantar ke Bumi, Toccio menjadi pelindung untuk haiwan dan membantu mereka berkat kebolehan sihirnya.
Dr. Mahirito and Abale-chan (2007)
Siri ini merupakan spin-off mengenai Dr. Mashirito Jr., anak lelaki kepada antagonis Dr. Slump.
Scahie-chan Guu!! (2008)
Manga ini memperkenalkan Sachie yang menerima kuasa kuat sekali-sekala. Suatu hari, dia bertemu dengan bangsa asing yang mahukan bantuan bapanya, ninja terkenal Momochi XX, untuk menghalau Mils yang zalim dari planet Octo. Tetapi Sachie pula mempunyai rancangan lain.
Oishii Shima no U-sama (2008)
Kisah ini berlatarkan sebuah pulau di mana penduduk menjalani kehidupan yang harmoni dalam persekitaran semula jadi yang kaya. Pada suatu hari, dua lelaki dari bandar \merayau ke pulau itu dan akhirnya terpesona dengan gaya hidup semula jadi. Akhirnya, lelaki itu memutuskan untuk melindungi pulau itu daripada tangan jahat makhluk asing Tech-Tech yang cuba mengeksploitasi sumber semula jadi pulau itu.
Jiya (2009)
Manga ini mengisahkan Jiya seorang makhluk asing yang meronda dalam misinya ke Bumi. Pertemuan pertamanya dengan manusia ialah menyelamatkan seorang gadis Kaede dan pemandunya Kyuumonji Yukio daripada penyamun. Menggunakan badan pemandu sebagai hos, Jiya akan menyiasat khabar angin tentang serangan “vampire” yang menyerang wanita muda di Bumi.
Kintoki (2010)
Kintok memfokuskan pada seorang pemburu bernama Toki yang merupakan sebahagian daripada bangsa pahlawan yang terancam. Suatu hari, dia bertemu dengan seorang gadis bernama Merlusa yang bekerja sebagai peramal, mendakwa dia berasal dari Venus. Pertemuan itu akhirnya membawanya ke sebuah pengembaraan hebat.
Jaco the Galactic Patrolman (2013)

Manga ini mengikuti kisah Jaco, seorang Galactic Patrolman berkuasa yang telah terdampar di Bumi.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Mangaka mana yang anda ingin kami highlight selepas ini? Boleh kongsikan cadangan di ruang komen! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai manga daripada kami, boleh klik pautan ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post