Siap sedia untuk menyelamatkan Bikini Bottom dalam game ‘platforming adventure’ serba baharu, SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake oleh THQ Nordic – yang kini tersedia di Nintendo Switch, PC, PS4 dan Xbox One!
Apabila SpongeBob dan Patrick menerima sebotol Mermaid’s Tears daripada seorang tukang tilik misteri bernama Kasandra, mereka sangka tiada apa yang teruk boleh berlaku. Maaf, semuanya menjadi salah!
Kedua-dua kawan rapat ini membuat hajat keterlaluan dan tanpa sengaja memecahkan realiti dan melepaskan Cosmic Jelly — gam yang menyatukan alam semesta — ke Bikini Bottom, di mana semua rakan-rakan mereka disedut ke dalam Wishworld!
Oh, Patrick pun bertukar menjadi belon.
Kini, terpulang kepada anda untuk melalui tujuh Wishworld demi menyelamatkan rakan-rakan dan membetulkan kesilapan SpongeBob dan Patrick.

Setiap Wishworld direka berdasarkan lokasi klasik dalam kartun SpongeBob tetapi diberi sentuhan unik. Dalam perjalanan, Spongebob akan memperoleh pelbagai abiliti dan kostum yang diperlukan untuk “cabaran” masing-masing.
Sebagai contoh; untuk menyelamatkan Sandy, anda perlu mengembara ke Wishworld yang mengubah Bikini Bottom menjadi set filem Karate. Di dunia ini, Spongebob akan belajar banyak gerakan Karate yang sepatutnya dapat membantunya!

Contoh kedua; terdapat Wishworld prasejarah di mana Spongebob akan bertemu dengan Squidward, yang tersesat dalam Kelp Forest. Untuk menyelamatkannya, anda perlu mengelak batu-batu besar yang berguling daripada atas bukit sambil memakai kostum orang batu.
Memang banyak jenaka, dan sesuai untuk anda bermain bersama keluarga!

Berikut adalah ciri-ciri penting dalam game ini:
- Buka pelbagai abiliti platforming klasik dan baharu seperti Fishhook Swing dan Karate Kick
- Pakai lebih daripada 30 kostum seperti SnailBob dan SpongeGar
- Pergi ke 7 Wishworld berbeza seperti Wild West Jellyfish Fields dan Halloween Rock Bottom
- Temui semua rakan-rakan Bikini Bottom kegemaran daripada siri, disuarakan oleh pelakon original mereka
- Soundtrack baharu daripada komposer Battle for Bikini Bottom + berpuluh-puluh lagu daripada siri!
Sekali lagi saya ingatkan, SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake kini tersedia di Nintendo Switch, PC, PS4, dan Xbox One. Untuk tahu kelebihan dan kekurangan game ini, korang boleh baca review kami di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post