Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spike Chunsoft mengumumkan ketibaan AI: The Somnium Files – nirvanA Initiative awal tahun depan

AI: The Somnium Files – nirvanA Initiative bakal dilancarkan pada musim luruh 2022

Amir Haziq by Amir Haziq
July 1, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, PC, Platform, PS4, PS5, Sci-fi/ Thriller, Seram, Xbox One
0 0
0
Spike Chunsoft mengumumkan ketibaan AI: The Somnium Files – nirvanA Initiative awal tahun depan
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari yang lalu, syarikat pembangun permainan video Jepun, iaitu Spike Chunsoft telah mendedahkan satu laman web teaser untuk sebuah game baru mereka. Laman web itu memiliki sebuah misteri yang perlu diselesaikan, dengan Nine Eyes bertindak sebagai skrin TV dan terdapat hashtag #NineEyesTV sebagai petunjuk yang dipercayai mempunyai perkaitan dengan AI: The Somnium Files – nirvanA Initiative. Kini, syarikat tersebut telah berkongsi sebuah video trailer yang mendedahkan game itu akan tiba pada musim luruh 2022 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Nintendo Switch, Xbox One dan PC.

Video trailer yang dikongsikan oleh Spike Chunsoft menunjukkan watak Mizuki telah kembali, dengan imej lebih remaja berbanding dalam siri game sebelum ini. Mizuki dilihat sedang bermain versi terbaru game saga 999: Nine Hours, Nine Persons, Nine Doors di sebuah konsol seperti Switch, dimana game tersebut tidak menunjukkan siri padanya dan ada kemungkinan yang ini iklan tersembunyi. Kita juga dapat melihat Aiba, iaitu AI yang dikawal secara autonimus akan bersama dalam salah satu mata Mizuki dalam siri kali ini.

This isn't a dream!👁️AI: THE SOMNIUM FILES – nirvanA Initiative coming Spring 2022🎡https://t.co/uPYUIwt3iZ#AITSF #aithesomniumfiles pic.twitter.com/VbLCj7qLpP

— Spike Chunsoft, Inc. (@SpikeChunsoft_e) July 1, 2021

Sebagai tambahan untuk dua watak protagonis itu, pasukan Zero Escape yang mengendalikan game pertama sebelum ini masih lagi berada dalam projek AI: The Somnium Files. Jadi, kita akan dapat melihat hasil kerja dari pengarah Akira Okada, Kotaro Uchikoshi, reka bentuk watak dari Yusuke Kozaki dan hasil trek suara oleh Keisuke Ito.

Jalan cerita AI: The Somnium Files – nirvanA Initiative akan menumpukan pada penemuan yang sangat mengerikan. Enam tahun yang lalu, separuh bahagian mayat telah ditemui dalam keadaan misteri, dan separuh lagi hilang tanpa dikesan. Selepas enam tahun berlalu, bahagian mayat yang hilang itu ditemui dalam keadaan masih segar tanpa tanda membusuk, seolah-olah mangsa baru sahaja dibunuh. Mizuki, kini menjadi Special Agent di ABIS (Advanced Brain Investigation Squad) dari Tokyo Metropolitan Police Department, akan melakukan penyiasatan bersama Aiba untuk menyelesaikan kes ini, yang dikenali sebagai “The Serial Murders by Half Body”.

Buat masa ini Spike Chunsoft masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran untuk AI: The Somnium Files – nirvanA Initiative ini. Tetapi kita telah dimaklumkan yang ianya kini boleh dipra-pesan untuk platform konsol pada musim luruh tahun 2022 nanti. Harap peminat siri ini boleh menunggu dengan sabar untuk makluman dari pembangun.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AI: The Somnium Files – nirvanA InitiativeSonySpike Chunsoft
Previous Post

COD Black Ops 4, WWE 2K Battlegrounds semuanya Percuma dalam PlayStation Plus Julai 2021 ini!

Next Post

Pra-pesan Tales of Arise Standard Edition dan berpeluang dapat Upgrade Percuma ke Hootle Edition!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pra-pesan Tales of Arise Standard Edition dan berpeluang dapat Upgrade Percuma ke Hootle Edition!

Pra-pesan Tales of Arise Standard Edition dan berpeluang dapat Upgrade Percuma ke Hootle Edition!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd