Semasa livestream Play of State, PlayStation mendedahkan bahawa game blockbuster mereka, Marvel’s Spider-Man Remastered dan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales akan hadir ke PC pada tahun ini! Setelah beberapa tahun menjadi game eksklusif konsol PS, akhirnya pemain PC dapat merasai pengalaman bermain game Spider-Man.

Dibangunkan oleh Insomniac Games dengan kerjasama Marvel, Spider-Man Remastered memperkenalkan anda kepada Peter Parker berpengalaman yang memerangi jenayah besar dan penjahat ikonik di Marvel’s New York. Pada masa yang sama, dia bergelut untuk mengimbangi kehidupan peribadinya serta kerjaya yang kacau-bilau manakala nasib New York terletak pada bahunya. Spider-Man Remastered PC akan dilancarkan pada 12 Ogos 2022. Ia bukan sahaja datang dengan main story tetapi bersama DLC “Marvel’s Spider-Man: The City That Never Sleeps”. Jadi, anda boleh merasai penuh aksi bersawa wira Marvel ini.

Spider-Man: Miles Morales pula membawa anda dengan melihat Miles yang sedang menyesuaikan diri dengan rumah barunya di East Harlem sambil mengikut jejak mentornya Peter Parker. Apabila perebutan kuasa yang sengit telah mengancam rumah barunya, Miles sedar bahawa dengan kuasa hebat, tanggungjawab besar juga perlu dipikul. Dia mesti menjadi Spider-Man dan menyelamatkan New York. Spider-Man: Miles Morales pula akan hadir pada musim luruh ini.
Versi PC untuk kedua-dua game Spider-Man ini akan menyokong ciri mouse dan keyboard malah terdapat beberapa tetapan khas untuknya. Antaranya ray-traced reflection, adjustable render dan banyak lagi. Segalanya akan diumumkan kemudian oleh pihak pembangun.
Apa lagi geng PC, memang PlayStation kaw-kaw bawa game best ke platform ini. Mesti ramai yang teruja untuk bermainnya nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Spider-Man daripada kami, sila klik di sini.
Sumber: PlayStation
@gamersantaimy
Discussion about this post