Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spider-Man Noir Sah Mendapat Siri Live Action Oleh Amazon!

Maira by Maira
February 14, 2023
in Amazon Prime Video, Artikel, Berita, Movie/siri
0 0
0
Spider-Man Noir Sah Mendapat Siri Live Action Oleh Amazon!
Share on FacebookShare on Twitter

Hero labah-labah popular, Spider-Man sememangnya dikenali di seluruh dunia. Bukan setakat itu sahaja, watak ini juga telah menerima pelbagai jenis adaptasi tidak kiralah filem, game mahupun animasi. Baru-baru ini dilaporkan bahawa hero tersebut akan mendapat satu siri live action oleh Amazon, yang berfokus kepada Spider-Man Noir.

Spider Man Noir

Siri live action Spider-Man Noir ini akan ditulis oleh Oren Uziel yang turut terlibat dengan filem animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse yang dikeluarkan pada tahun 2019. Untuk pengetahuan anda, ini merupakan siri kedua Marvel yang dibangunkan untuk MGM+ dan Prime Video.

Tentang Spider-Man Noir

Komik yang memaparkan superhero ini telah diterbitkan pada 2009 sebagai sebahagian daripada Marvel Noir universe. Ianya berlaku di bandar New York semasa Zaman Meleset. Dia telah digigit oleh labah-labah yang tersembunyi dalam sebuah artifak lalu mendapat kuasa seperti labah-labah. Kuasa tersebut diberikan kepadanya untuk menghukum mereka yang mempunyai niat jahat.

Spider Man Noir

Walaupun ini kali pertama Spider-Man Noir hadir dalam siri live action, tetapi watak itu sudah pun muncul dalam adaptasi lain seperti siri animasi Ultimate Spider-Man dan juga Into the Spider-Verse.

Agaknya siapalah yang akan memegang watak hero noir kita ini? Nampaknya kenalah tunggu pengumuman lanjut nanti. Filem Spider-Man: Across the Spider-Verse juga akan hadir ke pawagam Jun ini. Ia merupakan filem sekuel yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat setelah persembahan hebat filem pertama. Filem baru ini juga memaparkan pelbagai variasi Spider-Man daripada pelbagai alam semesta.

Spider Man Noir

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri ataupun filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Spider-ManSpider-Man Noir
Previous Post

Dead Island 2 akan dilancarkan seminggu awal! Tarikh pelancaran baru pada 21 April 2023!

Next Post

Trailer pertama Fast X menampilkan Jason Mamoa sebagai villain utama! Bakal tiba di pawagam 18 Mei 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Trailer pertama Fast X menampilkan Jason Mamoa sebagai villain utama! Bakal tiba di pawagam 18 Mei 2023!

Trailer pertama Fast X menampilkan Jason Mamoa sebagai villain utama! Bakal tiba di pawagam 18 Mei 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd