Resident Evil 3 Remake oleh Capcom akan datang pada minggu ini dan seperti yang anda tahu, keperluan sistem tidak jauh berbeza daripada Resident Evil 2 Remake (2019). Di sini, saya telah mengumpulkan spesifikasi minimum yang diperlukan untuk menjalankan permainan ini di PC. Sebelum kita pergi ke bahagian seterusnya, pastikan anda melihat artikel Resident Evil 3 Remake kami untuk segala info terkini bagi permainan tersebut.
Pertama sekali yang saya ingin sampaikan, ialah jika mesin anda tidak mempunyai masalah untuk menjalankan Resident Evil 2 Remake, maka anda akan mengalami prestasi yang bagus kerana kedua-dua game ini berkongsi spesifikasi yang hampir sama. Yang membezakan kedua-dua game ini ialah “recommended requirements“, Resident Evil 3 Remake memerlukan sistem yang tinggi sedikit sahaja daripada prekuelnya. Baiklah, ayuh kita ke butiran spesifikasi sistem!
Keperluan Sistem Resident Evil 3 Remake
MINIMUM | RECOMMENDED | |
OS | WINDOWS 7, 8.1, 10 (64-BIT) | WINDOWS 10 (64-BIT) |
Processor | Intel Core i5-4460 atau AMD FX-6300 atau lagi tinggi | Intel Core i7-3770 atau AMD FX-9590 atau lagi tinggi |
Memory | 8 GB RAM | 8 GB RAM |
Graphics | NVIDIA GeForce GTX 760 atau AMD Radeon R7 260x dengan 2GB Video RAM | NVIDIA GeForce GTX 1060 atau AMD Radeon RX 480 dengan 3GB VRAM |
DirectX | Version 11 | Version 12 |
Storage | 45 GB available space | 45 GB available space |
Resident Evil 3 Remake kini boleh didapati untuk pra-pesanan menjelang pelancarannya pada 3 April 2020 di PC, PlayStation 4, dan Xbox One. Mereka yang sudah pra-pesan akan menerima beberapa bonus, termasuk Classic Costume Pack eksklusif untuk Jill dan Carlos. Satu lagi perkara yang pemain harus perhatikan ialah Remake ini juga mempunyai Resident Evil Resistance, sebuah permainan multiplayer online 4v1. Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post