Tempoh pengujian beta Marvel’s Avengers akan diteruskan hujung minggu ini dengan beta diperluaskan lagi kepada pengguna di pelantar Xbox One dan PC selagi mereka telah membuat pra-pesanan untuk permainan. Sekiranya anda bermain di PC, anda akan bermain melalui Steam dari 14 Ogos hingga 16 Ogos jika anda membuat pra-pesanan dan harus menunggu sehingga 5 September untuk bermain permainan penuh. Menjelang ketibaan beta di pelantar tersebut, Square Enix berkongsi spesifikasi untuk versi PC permainan dan ciri-ciri yang akan dimanfaatkan oleh pelantar itu.
Marvel's Avengers on PC will come with features that take advantage of its capabilities. PC players, we can't wait to see you in the BETA!
🖥️ Details and PC specs available now: https://t.co/GwIkr5gvLb pic.twitter.com/2YBnH6mXs9
— Marvel's Avengers (@PlayAvengers) August 12, 2020
Penambahan unik untuk versi PC termasuk pilihan pek tekstur beresolusi tinggi yang datang dalam saiz 30GB untuk mereka yang menginginkan pengalaman visual yang lebih baik. Persediaan ultra-wide dan multi-monitor juga akan disokong, dan pengguna dapat “unlock” framerate mereka sepenuhnya jika sistem dapat menangani tetapan tersebut. Pemain PC juga dapat menggunakan controller dengan permainan jika mereka mahu, tetapi jika anda memilih untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci, anda dapat mengkonfigurasi kontrol mengikut keinginan sendiri.
Tetapi semua itu hanya memberi kebaikan kepada pemain jika PC mereka mampu menjalankan Marvel’s Avengers. Untuk memaklumkan pemain terlebih dahulu jika peranti mereka dapat mengendalikan permainan atau tidak, Square Enix dan Crystal Dynamics berkongsi spesifikasi di bawah yang menunjukkan syarat minimum dan disyorkan untuk bermain Marvel’s Avengers.
Spesifikasi | Minimum | Recommended |
OS | Windows 10 64-bit | Windows 10 64-bit |
CPU | i3-4160 or AMD equivalent | CPU: Intel Core i7 4770K, 3.4 Ghz or AMD Ryzen 51600, 3.2 Ghz |
Memory | 8GB RAM | 16GB RAM |
GPU | NVIDIA GTX 950 / AMD 270 (min 2GB video ram) | NVIDIA GTX 1060 6GB or AMD Radeon RX 480, 8GB. |
DirectX | DirectX 12 | DirectX 12 |
Storan | 75GB HDD space | 110GB SSD space |
Sekiranya anda baru memasuki beta Marvel’s Avengers buat pertama kali pada hujung minggu ini, mari melihat ulasan kami untuk ujian tersebut untuk mendapatkan gambaran bagaimana keadaannya. Pengalaman kami dengan beta menunjukkan bahawa Marvel’s Avengers boleh memenangi hati pemain yang tidak pasti mengenai permainan sebelum ini.
Marvel’s Avengers dijadualkan untuk lancar pada 5 September dengan beta berlanjutan dalam peringkat yang berbeza. Untuk segala info tentang Marvel’s Avengers, sila klik di sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post