Ketika livestream di acara Netherrealm’s Final Kombat, Ed Boon dan pelakon Keith Daivid telah mendedahkan trailer gameplay Spawn yang merupakan watak terakhir akan datang ke Kombat Pack Mortal Kombat 11 (MK11)! Siapa sahaja yang tidak tahu watak Spawn, sebuah lagi watak dari siri komik yang popular dan pernah diadaptasi menjadi sebuah filem pada tahun 1997 juga animasi di HBO pada tahun 1997 hingga 1999. Sebagai salah satu watak yang dinantikan daripada peminat untuk membuat debut mereka dalam permainan, pejuang terbaru itu boleh mula dimainkan pada 17 Mac untuk akses awal pada PC, PS4 dan Xbox One.
Masih belum habis dengan kehangatan DLC Joker 28 Januari lalu, dalam trailer gameplay Spawn kita dapat melihat suara latar Spawn dilakonkan oleh pelakon Keith David yang juga merupakan suara pada animasi HBO Spawn yang lalu. Kali ini Spawn menewaskan watak lain didalam MK11 dengan keunikkan kuasa serta taktiknya! Merupakan bekas assassins kerajaan, AI Simmons menghadap kematiannya selepas dikhianati dan dilahirkan semula sebagai ‘hellspawn’ setelah membuat perjanjian dengan ‘devil’ yang memberinya kuasa demonic dan mendapat sut organik yang mampu menghadap musuh dan cape nya tutut boleh menyerang pihak musuh.
Sebagai tambahan dalam kuasa hellspawnnya, Spawn juga ada senjata lain yang dapat digunakan seperti grenades dan machine-guns yang membantunya membuat kombo hebat dalam Fatal Blow! Seperti didalam komik, Spawn adalah satu watak yang tidak berperasaan dan membawakan situasi itu dalam dialog seperti pertembungannya bersama Scorpion.
Bukan itu sahaja!! Mortal Kombat 11 memberi sebuah kejutan istimewa untuk Spawn dengan berkolaborasi bersama sebuah band metal/rock Amerika TRIVIUM! Pekara tersebut telah disahkan Matthew Kheafy yang merupakan Vokalis dan Gitaris Trivium di Twitter dan Instagramnya bahawa terdapat dua lagu band mereka “IX” dan “Scattering The Ashes” dapat didengari dalam trailer Spawn!
What a freaking honor to have our band @TriviumOfficial in this trailer! I grew up with Spawn and Mortal Kombat, so this is un-freakin-real! 🤘🔥🤘 | ps. World premiere of excerpts of “IX” and “Scattering The Ashes”! https://t.co/UFeDAVQa8b
— Matthew kiichichaos Heafy (@matthewkheafy) March 9, 2020
Lagu terbaru Trivium “Catastrophist” juga merupakan lagu tema untuk Mortal Kombat 11 yang telah diumumkan awal Mac lalu.
https://twitter.com/NRSEsports/status/1234903719533150208
Trivium adalah dibawah Roadrunner Records, yang juga merupakan dari Warner Bros. Itu sebabnya senang kolaborasi ini dijalankan kerana pemaju Mortal Kombat Netherrealms juga dari Warner Bros! Kedua lagu dari Trivium ini akan menjadi dua track terbaru dalam album terbaru mereka “What The Dead Men Say” yang akan menghasilkan debut nya tahun ini juga.
Jadi jangan terlepas untuk dapatkan DLC Spawn dimana akses awal boleh bermula main pada 17 Mac ini dan akan keluar secara keseluruhan pada 24 Mac ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post