Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony umum DualSense Edge, customizable controller terhebat untuk PS5 [gamescom 22]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 24, 2022
in Artikel, Berita, PS5, Teknologi
0 0
0
Sony umum DualSense Edge, customizable controller terhebat untuk PS5 [gamescom 22]
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony telah memperkenalkan DualSense Edge wireless controller untuk PlayStation 5, controller ultra-customizable berprestasi tinggi pertama yang dibangunkan oleh syarikat. Direka bentuk untuk memberi anda kelebihan dalam gameplay dengan membenarkan membuat kawalan custom, DualSense Edge ingin para gamer untuk mencipta pengalaman gaming unik sendiri yang sesuai dengan gaya permainan anda.

DualSense Edge wireless controller menampilkan beberapa pilihan customization berasaskan perkakasan dan perisian, termasuk:

Kawalan ultra-customizable: Anda boleh menjadikan ‘remap’ atau menyahaktifkan input butang tertentu dan melaraskan sensitiviti analog stick dan dead zone (jarak analog stick bergerak sebelum dikenalpasti dalam game) . Di samping itu, setiap trigger boleh dilaraskan dengan pilihan untuk mengubahsuai jarak perjalanan dan dead zone mengikut pilihan anda. Contohnya, anda boleh mengurangkan jarak perjalanan trigger secara manual untuk input yang lebih pantas dalam game FPS kompetitif atau mengurangkan dead zone untuk kawalan yang tepat dalam game perlumbaan.

Boleh menyimpan banyak profil bagi kawalan: Setelah menemui tetapan ideal, anda boleh menyimpannya ke profil unik dan bertukar-tukar antaranya dengan cepat.

Interface pada controller: Butang Fn khusus membolehkan anda melaraskan setup dengan mudah sambil kekal fokus pada aksi dalam game – bertukar dengan cepat antara profil kawalan pratetap anda, melaraskan volume permainan dan voice chat serta akses profil menu tetapan controller untuk menguji lelaran kawalan semasa dalam game.

Stick cap dan back button boleh tukar: Tiga jenis stick boleh tukar (standard, high dome dan low dome) memastikan anda selesa dalam game sambil mengekalkan cengkaman dan kestabilan. Dua set back button yang boleh ditukar (half-dome dan level) boleh dikonfigurasikan kepada apa-apa input butang lain, lantas meletakkan kawalan yang lebih penting di hujung jari anda.

Modul analog stick boleh ganti: Main lebih lama dengan menggantikan sepenuhnya setiap modul analog stick individu pada controller (modul ganti akan dijual secara berasingan).

Ciri DualSense sudah tersedia: DualSense Edge mengekalkan keselesaan dan pengalaman DualSense semasa bermain game yang disokong, termasuk maklum balas haptik, adaptive trigger, mikrofon, motion control dan banyak lagi.

Selain daripada set stick cap dan back button, DualSense Edge datang dengan kabel berjahit USB Type-C, yang menggunakan penyambung untuk kunci kabel ke dalam controller supaya ia tidak tercabut keluar pada saat yang genting. Selain itu, ia termasuk casing, yang memastikan controller dan komponen DualSense Edge tersusun di satu tempat, sambil membolehkan anda mengecas peranti melalui sambungan USB semasa ia disimpan dalam casing itu.

Sony akan berkongsi butiran lanjut tentang DualSense Edge pada bulan-bulan akan datang, termasuk masa pelancaran. Jadi buat masa ini, anda hanya boleh wait and see dahulu.

Untuk segala liputan kami tentang gamescom 2022, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DualSense EdgeGamescomps5
Previous Post

[gamescom 22] Dune: Awakening diumumkan, bakal lancar di PlayStation 5, Xbox Series X|S & PC

Next Post

Hogwarts Legacy Dedahkan Dark Magic dan Bonus Khas Pra-Tempah! [gamescom 22]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Hogwarts Legacy Dedahkan Dark Magic dan Bonus Khas Pra-Tempah! [gamescom 22]

Hogwarts Legacy Dedahkan Dark Magic dan Bonus Khas Pra-Tempah! [gamescom 22]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd