Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[UPDATE] Sony terpaksa naik harga PS5 di Malaysia, dulu RM2299 kini RM2499 untuk disc version

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2022 - Updated on August 26, 2022
in Artikel, Berita, Industri, PS5, Teknologi
0 0
0
[UPDATE] Sony terpaksa naik harga PS5 di Malaysia, dulu RM2299 kini RM2499 untuk disc version
Share on FacebookShare on Twitter

[UPDATE] Sony mengesahkan bahawa kes kenaikan harga runcit PS5 juga diaplikasikan di Malaysia. Harga tepat adalah seperti di bawah.

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menaikkan harga runcit untuk konsol gaming PlayStation 5 (PS5) di beberapa rantau/wilayah berdasarkan persekitaran ekonomi global yang terjejas akibat kadar inflasi tinggi. Antara rantau yang terjejas adalah Asia tetapi Sony tidak menjelaskan jika kes naik harga PS5 akan diaplikasikan sekali untuk Malaysia.

Bak kata Sony dalam siaran akhbar, “persekitaran ekonomi global adalah cabaran yang pasti dialami oleh ramai orang di seluruh dunia.” Kita kini melihat kadar inflasi global yang tinggi, serta aliran mata wang buruk, yang memberi kesan kepada pengguna dan mewujudkan tekanan ke atas banyak industri.

Berdasarkan keadaan ekonomi yang mencabar, SIE membuat keputusan untuk menaikkan harga runcit yang disyorkan (RRP) PlayStation 5 untuk pasaran terpilih di seluruh Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA), Asia-Pasifik (APAC), Amerika Latin ( LATAM), serta Kanada. Amerika Syarikat tidak akan menerima kenaikan harga.

Dalam siaran akhbar yang sama, Sony turut menjelaskan bahawa pasaran terpilih di APAC yang tidak disenaraikan di bawah mungkin akan menerima kenaikan harga, jadi saya faham jika ada pembeli PS5 yang risau. Oleh itu, kami cuba menghubungi wakil Sony tetapi mereka tidak boleh memberi komen dan meminta kita untuk menunggu maklumat lanjut daripada pihak rasmi.

Berikut adalah harga runcit baru untuk PS5 yang berkuat kuasa serta-merta:

  • Malaysia
    • PS5 versi Ultra HD Blu-ray disc drive – MYR 2,499
    • PS5 Digital Edition – MYR 2,069
  • Singapura
    • PS5 versi Ultra HD Blu-ray disc drive – SGD 799
    • PS5 Digital Edition – SGD 669
  • Indonesia
    • PS5 versi Ultra HD Blu-ray disc drive – IDR 9,699,000
    • PS5 Digital Edition – IDR 8,199,000
  • Thailand
    • PS5 versi Ultra HD Blu-ray disc drive – THB 18,690
    • PS5 Digital Edition – THB 15,690
  • Filipina
    • PS5 versi Ultra HD Blu-ray disc drive – PHP 30,790
  • Vietnam
    • PS5 versi Ultra HD Blu-ray disc drive – VND 15,990,000
  • Eropah
    • PS5 versi Ultra HD Blu-ray disc drive – €549.99
    • PS5 Digital Edition – €449.99
  • UK
    • PS5 versi Ultra HD Blu-ray disc drive – £479.99
    • PS5 Digital Edition – £389.99
  • Jepun (berkuat kuasa 15 Sept. 2022)
    • PS5 versi Ultra HD Blu-ray disc drive – ¥60,478 yen (termasuk cukai)
    • PS5 Digital Edition – ¥49,478 yen (termasuk cukai)
  • China
    • PS5 versi Ultra HD Blu-ray disc drive – ¥4,299 yuan
    • PS5 Digital Edition – ¥3,499 yuan
  • Australia
    • PS5 versi Ultra HD Blu-ray disc drive – AUD $799.95
    • PS5 Digital Edition – AUD $649.95
  • Mexico
    • PS5 versi Ultra HD Blu-ray disc drive – MXN $14,999
    • PS5 Digital Edition – MXN $12,499
  • Kanada
    • PS5 versi Ultra HD Blu-ray disc drive – CAD $649.99
    • PS5 Digital Edition – CAD $519.99

Walaupun kenaikan harga ini adalah satu keperluan selepas melihat persekitaran semasa ekonomi global dan impaknya ke atas perniagaan SIE, Sony berkata bahawa keutamaan utama syarikat masih adalah untuk menambah baik jumlah bekalan PS5 supaya lebih ramai orang dapat mencuba dan menikmati konsol tersebut.

Buat masa ini, kita masih menunggu jawapan daripada wakil Sony jika harga PS5 naik atau tidak di Malaysia. Apabila mendapat jawapan, saya akan update artikel ini secepat mungkin. [Kami telah menerima jawapan rasmi daripada pihak Sony]

Untuk membaca segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.

Sumber – PlayStation Blog 1, 2

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Malaysiaplaystation 5ps5Sony
Previous Post

Swatch Telah Dedahkan Jam Tangan Kolaborasi Baru Bersama Dragon Ball Z!

Next Post

Preview The Devil In Me – Bukan hantu tapi pembunuh bersiri kita perlu hadapi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Preview The Devil In Me – Bukan hantu tapi pembunuh bersiri kita perlu hadapi

Preview The Devil In Me - Bukan hantu tapi pembunuh bersiri kita perlu hadapi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd