Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony menunjukkan “user experience” PS5 buat kali pertama! Banyak peningkatan besar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 16, 2020
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Sony menunjukkan “user experience” PS5 buat kali pertama! Banyak peningkatan besar!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony akhirnya mendedahkan satu lagi aspek lain untuk PlayStation 5 dengan menunjukkan user experience apabila pengguna menghidupkan konsol generasi berikutnya. UX PlayStation 5 dipamerkan dalam sebuah video yang menunjukkan bagaimana untuk menavigasi pilihan-pilihan berbeza dengan komentari yang menjelaskan fungsi bentuk dan pilihan reka bentuk baru.

Pada permulaan video, konsol dihidupkan daripada Rest Mode dan membawa pemain ke game terakhir yang mereka mainkan dengan PlayStation 5 Control Center. Ini adalah menu sama yang akan muncul setiap kali anda menekan butang PlayStation di tengah-tengah controller DualSense.

PlayStation 5 Control Center

Salah satu fitur baru di Control Center adalah “Activity“. Activity adalah cadangan untuk menyelesaikan tugas-tugas berbeza, dan menunjukkan kepada pemain tugas apa yang harus mereka laksanakan, berapa lama masa yang diperlukan untuk menyelesaikannya, dan memberikan kemampuan dalam beberapa situasi untuk teleport ke lokasi Activity tersebut untuk bantu memudahkan permainan.

Satu lagi fitur yang disertakan dalam Activity adalah “Game Help” yang membantu pemain dengan lebih jauh untuk kegiatan Activity mereka. Seperti namanya, ia memberi petua atau klu mengenai tugas-tugas tertentu dalam permainan tanpa pengguna harus mencari bantuan dalam talian yang mungkin merosakkan sebahagian gameplay lanjut.

PlayStation 5 Activities

Berbual dengan pemain lain juga menjadi lebih mudah. Apabila notifikasi muncul yang mengatakan seseorang ingin berbual dengan pengguna, pemain dapat membuka notifikasi itu dan menyertai kawan segera tanpa harus kembali ke Control Center. Apabila pemain lain ingin melakukan perkara seperti berkongsi skrin kepada rakan-rakan, anda bahkan dapat membuka paparan tersebut dalam mod picture-in-picture untuk menontonnya sambil bermain permainan anda sendiri. Sekiranya anda dalam party dengan rakan dan mereka bermain game yang anda juga miliki, kita dapat melihat permainan itu dan segera menyertai mereka melalui Control Center.

Menangkap gambar adalah satu bahagian penting untuk user experience PlayStation, dan ia akan berterusan hingga ke PlayStation 5 juga. Dengan menekan butang “Create” pada DualSense, pengguna dapat mengambil tangkapan skrin dan video dalam resolusi hingga 4K.

Bagi pengguna yang ingin melihat sendiri pengalaman konsol ini, PlayStation 5 dan PlayStation 5 Digital Edition dijadualkan untuk keluar pada 12 November. Untuk segala liputan tentang PS5, sila klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DualSenseplaystation 5ps5Sonyuser experience
Previous Post

Bandai Namco Entertainment kongsi HANTU asia termasuk cik Ponti & KumKum dari Malaysia?!

Next Post

Nikmati permainan Indie di mana sahaja pada bila-bila masa di BIC Festival 2020!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Nikmati permainan Indie di mana sahaja pada bila-bila masa di BIC Festival 2020!

Nikmati permainan Indie di mana sahaja pada bila-bila masa di BIC Festival 2020!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd