Sony melancarkan sejumlah permainan termasuk Doom 3 untuk PlayStation VR!

Walaupun Sony telah mengesahkan rancangan untuk mengeluarkan PlayStation VR next-gen baru untuk PS5, mereka masih memastikan ada banyak kandungan untuk PSVR asal di PS4. Hari ini, Sony mengejutkan semua peminat dengan mendedahkan enam game baru akan datang untuk PlayStation VR, termasuk satu judul yang agak terkenal.

Walaupun game-game ini akan hadir ke PlayStation VR untuk PS4, perlu diperhatikan bahwa setiap game juga dapat dimainkan di PS5. Selagi peminat mempunyai adaptor PSVR untuk PS5, mereka seharusnya dapat memasang PSVR ke konsol dan bermain. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita lihat apakah yang diumumkan!

Doom 3: VR Edition

Inilah pengumuman pertama oleh Sony untuk game PlayStation VR baru! Doom 3: VR Edition membayangkan semula Doom 3 asli dan membuatnya serasi dengan peralatan PSVR. Boleh digunakan dengan alat kawalan PlayStation Aim, Doom 3: VR Edition membolehkan pemain bermain Doom 3 dan kedua-dua expansion: Resurrection of Evil dan The Lost Mission. Doom 3: VR Edition akan keluar untuk PlayStation VR pada 29 Mac.

Song in the Smoke

Dihasilkan oleh 17-BIT, Song in the Smoke adalah game survival unik di mana pemain harus bertahan hidup di padang gurun berbahaya yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makhluk aneh. Dengan menggunakan fitur “motion controlPlayStation Move, game ini membolehkan pemain membuat mencipta alat yang lebih baik untuk membantu “survivability” mereka, seperti senjata yang dapat digunakan untuk melawan ancaman bahaya. Song in the Smoke akan keluar pada hujung tahun ini.

Fracked

Dihasilkan oleh nDreamsFracked adalah eksklusif di PlayStation VR dan merupakan game “first-person shooter” yang mengambil inspirasi naratif dari filem seperti Die Hard dan RoboCop. Fracked akan keluar pada musim panas 2021.

I Expect You to Die 2: The Spy and the Liar

Sebagai salah satu game terawal di PlayStation VR yang menerima banyak pujian, memang ramai yang menantikan kesinambungan game ini. Dengan gameplay “spy parody“, game ini dipuji kerana adegan lucu dan teka-tekinya yang pintar. I Expect You to Die 2: The Spy and The Liar akan memberikan peminat lebih banyak misi untuk cuba dengan menggunakan teknologi motion control PlayStation VR dan PlayStation Move.

Zenith

Tidak ada banyak MMORPG untuk VR. Namun, itu akan berubah apabila Zenith keluar tidak lama lagi! Mengambil inspirasi dari JRPG klasik, Zenith memberi kebebasan kepada pemain untuk sepenuhnya merentasi dunia permainan, di mana pemain dapat menggunakan fitur “motion control” untuk memanjat objek di persekitaran dan sistem pertempuran.

After The Fall

Dihasilkan oleh Arizona Sunshine, After The Fall adalah game “post-apocalyptic co-op shooter” yang boleh dimainkan bersama tiga pemain lain. Tidak ada banyak game VR yang ada fitur co-op, jadi banyak yang perlu dibuktikan oleh After the Fall apabila ia keluar untuk PlayStation VR pada hujung tahun ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.