Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony melabur $1 bilion kepada Epic Games untuk pembangunan Metaverse

Maira by Maira
April 12, 2022
in Artikel, Berita
0 0
0
Sony melabur $1 bilion kepada Epic Games untuk pembangunan Metaverse
Share on FacebookShare on Twitter

Sony dan Epic Games telah menjadi rakan kongsi untuk beberapa tahun ini, dengan Sony melabur $200 juta kepada Epic pada tahun lepas. Tahun ini juga, nampaknya Sony telah memutuskan untuk meneruskan perkongsian bersama Epic dengan melaburkan $1 bilion dengan tujuan untuk mempunyai akses pada pelan Metaverse Epic.

Baru-baru ini, Epic Games baru sahaja mengumumkan ia memperoleh $2 bilion dalam pembiayaan, dengan $1 bilion datang daripada Sony dan selebihnya daripada syarikat induk Lego, KIRKBI. “Kesemua tiga syarikat sangat menghargai pencipta dan pemain.” tulis Epic dalam satu kenyataan, “dan bertujuan untuk mencipta hiburan sosial baru yang meneroka hubungan antara dunia digital dan fizikal.”

Announcing a $2 billion funding round with Sony and KIRKBI to build the future of digital entertainment. https://t.co/V0bcFftNkg

— Epic Games Newsroom (@EpicNewsroom) April 11, 2022

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sony, Kenichiro Yoshida berkata beliau “yakin” bahawa pelaburan ini dan game engine Unreal Engine 5 yang dikeluarkan oleh Epic baru-baru ini akan “mempercepatkan pelbagai usaha kami seperti pembangunan digital baru dalam sukan dan inisiatif pengeluaran maya kami.”

“Metaverse” kini satu perkara yang sering kita dengar daripada industri gaming. Baru sahaja minggu lepas, Epic dan Lego mengumumkan perkongsian baru untuk bersama-sama membina metaverse bertemakan Lego. Seperti yang diterangkan oleh Lego, “pengalaman digital yang mengasyikkan, memberi inspirasi secara kreatif dan menarik untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur.”

Walaupun Metaverse sesuatu yang popular dengan CEO dan eksekutif , ia menghadapi masalah untuk mencari pengguna yang sebenar.

“Sambil kami membayangkan semula masa depan hiburan dan game, kami memerlukan rakan kongsi yang berkongsi visi yang sama. Kami telah menemuinya dalam perkongsian kami dengan Sony dan KIRKBI,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Epic Games, Tim Sweeney. “Pelaburan ini akan mempercepatkan kerja kami untuk membina metaverse dan mewujudkan ruang di mana pemain boleh berseronok bersama rakan, jenama boleh membina pengalaman kreatif dan mengasyikkan dan pencipta boleh membina komuniti dan berkembang maju.”

Sumber: The Gamer

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Epic GamesMetaverseSony
Previous Post

Review ASUS ZenBook 14 Flip OLED: Selesa untuk urusan produktiviti

Next Post

Watch Dogs Tokyo – Manga spin-off yang diadaptasi dari francais Watch Dogs

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Watch Dogs Tokyo – Manga spin-off yang diadaptasi dari francais Watch Dogs

Watch Dogs Tokyo - Manga spin-off yang diadaptasi dari francais Watch Dogs

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd