Sony Store Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan membuka pre-order konsol PS5 untuk April 2022. Anda boleh pra-tempah konsol tersebut bermula 7 April 2022 mengikut jumlah stok sedia ada. Tetapi tiada masa tetap bila konsol tersebut akan tersedia untuk pra-tempah dinyatakan dalam post terbaru tersebut.
Sony Centre Mid Valley juga sekali lagi membuka borang dalam talian untuk anda mencuba nasib untuk memiliki konsol PS5 pada bulan April. Anda boleh mengisi borang tersebut melalui pautan ini. Borang ini tersedia mulai 7 April sehingga 9 April pada jam 2pm.
Untuk pre-order kali ini, kedua-dua versi tersedia untuk anda pilih dengan tambahan sehingga dua controller DualSense. Harganya juga sudah semestinya dijual dengan harga pasaran bermula daripada RM 1869 untuk versi digital dan RM 2299 untuk PS5 versi pemacu cakera Ultra HD Blu-ray. Berikut adalah posting Facebook oleh Sony Centre Mid Valley:
Bukan setakat itu sahaja, terdapat banyak game tersedia pada April 2022 untuk anda tambah pada pre-order PS5, contohnya Horizon Forbidden West, Uncharted: Legacy of Thieves Collection, Gran Turismo 7 dan lain-lain. Anda juga boleh menambah waranti untuk untuk versi konsol yang dikehendaki. Peranti PS5 lain seperti Pulse 3D Headset, media remote dan charging station juga tersedia untuk anda tempah.

Mereka yang bernasib baik untuk mendapatkan konsol PS5 ini, akan dihubungi oleh pihak Sony Centre Mid Valley seawal 11 April 2022. Jika anda tidak mendapat sebarang panggilan, anda perlu tunggu pra-pesanan pada bulan yang seterusnya. Jadi, anda yang masih inginkan konsol PS5 ini jangan lupa untuk mengisi borang daripada Sony Centre Mid Valley untuk bulan April. Mungkin anda antara yang bertuah untuk memiliki PS5.
@gamersantaimy
Discussion about this post