Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony-Honda mahu bersaing dengan Tesla, ingin tambah PS5 ke kenderaan elektrik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 23, 2022
in Artikel, Berita, Industri, PS5, Teknologi
0 0
0
Sony-Honda mahu bersaing dengan Tesla, ingin tambah PS5 ke kenderaan elektrik
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan September lalu, Sony dan Honda menubuhkan “joint venture” bernama Sony Honda Mobility yang dibuat untuk bersaing dengan syarikat lain dalam pasaran kenderaan elektrik. Apa yang istimewa tentang kerjasama ini? Salah satu idea adalah untuk menambah teknologi hiburan Sony termasuk PS5 ke dalam kereta Honda!

Menurut maklumat daripada Financial Times, ketua Sony Honda Mobility berkata mereka merancang untuk membina kereta elektrik yang memfokuskan pada muzik, filem dan PlayStation 5.

“Sony mempunyai kandungan, perkhidmatan dan teknologi hiburan yang menggembirakan orang. Kami akan menyesuaikan aset ini kepada Mobility, dan ini adalah kekuatan kami menentang Tesla.”

kata presiden Izumi Kawanishi.

Ini adalah cara Sony-Honda membezakan diri daripada Tesla, dan Kawanishi (yang sebelum ini mengetuai bahagian robotik AI Sony) juga berkata bahawa menggabungkan platform PS5 ke dalam kereta Honda sebenarnya tidak mustahil dan boleh dilakukan “dari segi teknologi”.

Pengerusi joint venture Yasuhide Mizuno (yang sebelum ini mengetuai kereta produksi Honda) berkata syarikat sedang membina proses pengeluarannya dengan mengutamakan kandungan, dan akan memperkenalkan model kereta pertama ke pasaran menjelang tahun 2025. Walaupun memakan tempoh beberapa tahun, sekurang-kurangnya kita tahu kereta hiburan itu dalam pembikinan.

Honda e

FT menemu bual seorang penganalisis yang percaya bahawa “joint venture” itu adalah cara untuk Sony memasarkan kelebihannya. Dengan menunjukkan apa yang boleh dilakukannya dan membina jenama yang lebih kecil tetapi premium, Sony kemudian boleh menjual perkhidmatan dan kandungan kepada pembuat EV (electric vehicle) yang lebih besar.

Buat masa ini, anda tidak boleh bermain PS5 di dalam kereta, tetapi mana tahu dalam 2-3 tahun akan datang, akhirnya kita boleh bawa PS5 ke mana sahaja. Jika jalan sedang jem, boleh lah kita main God of War kejap.

Adakah mereka dapat menghasilkan kereta elektrik yang begitu canggih? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HondaKeretaps5Sony
Previous Post

[SPOILER]One Piece dedahkan Devil Fruit Dr. Vegapunk, boleh hafal semua benda!

Next Post

Banyak minum air mungkin punca sebenar Bruce Lee meninggal dunia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Banyak minum air mungkin punca sebenar Bruce Lee meninggal dunia

Banyak minum air mungkin punca sebenar Bruce Lee meninggal dunia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd