Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony Centre Mid Valley membuka pre-order PS5 bagi Mac 2022!

Maira by Maira
March 9, 2022 - Updated on July 8, 2022
in Artikel, Berita, Konsol, Produk, PS5
0 0
0
Sony Centre Mid Valley membuka pre-order PS5 bagi Mac 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti biasa, bulan baru bermaksud pre order untuk PS5 kembali lagi untuk gamer yang ingin mencuba nasib untuk mendapatkan konsol terbaru PlayStation. Sony Centre Mid Valley sekali lagi membuka borang dalam talian untuk anda mencuba nasib untuk memiliki konsol PS5 pada bulan Mac. Anda boleh mengisi borang tersebut melalui pautan ini. Borang ini tersedia mulai 9 Mac sehingga 12 Mac pada jam 2pm.

Untuk pre-order kali ini, kedua-dua versi tersedia untuk anda pilih dengan tambahan sehingga dua controller DualSense. Harganya juga sudah semestinya dijual dengan harga pasaran bermula daripada RM 1869 untuk versi digital dan RM 2299 untuk PS5 versi pemacu cakera Ultra HD Blu-ray. Berikut adalah posting Facebook oleh Sony Centre Mid Valley:

Bukan setakat itu sahaja, terdapat banyak game tersedia untuk anda tambah pada pre order PS5, contohnya Horizon Forbidden West, Uncharted: Legacy of Thieves Collection, Gran Turismo 7 dan lain-lain. Anda juga boleh menambah waranti untuk untuk versi konsol yang dikehendaki. Peranti PS5 lain seperti Pulse 3D Headset, media remote dan charging station juga tersedia untuk anda tempah.

Mereka yang bernasib baik untuk mendapatkan konsol PS5 ini, akan dihubungi oleh pihak Sony Centre Mid Valley seawal 14 Mac 2022. Jika anda tidak mendapat sebarang panggilan, anda perlu tunggu pra-pesanan pada bulan yang seterusnya. Jadi, anda yang masih inginkan konsol PS5 ini jangan lupa untuk mengisi borang daripada Sony Centre Mid Valley untuk bulan Mac. Mungkin anda antara yang bertuah untuk memiliki PS5.

Jika anda ingin membaca semua liputan kami tentang PS5 termasuk berita terkini dan ulasan, sila klik di pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mac 2022Pre-order PlayStation 5ps5Sony Centre Mid Valley
Previous Post

Gaya bertarung dalam filem The Batman diilhamkan daripada gaya silat!

Next Post

Pengarah anime Boruto ingin saman studio kerana tidak bayar gaji

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pengarah anime Boruto ingin saman studio kerana tidak bayar gaji

Pengarah anime Boruto ingin saman studio kerana tidak bayar gaji

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd