Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony Centre Mid Valley membuka pre-order PS5 bagi Disember 2022!

Maira by Maira
December 22, 2022
in Artikel, Berita, Produk, PS5
0 0
0
Sony Centre Mid Valley membuka pre-order PS5 bagi Disember 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti biasa, bulan baru bermaksud pre-order untuk PS5 kembali lagi untuk gamer yang ingin mencuba nasib untuk mendapatkan konsol terbaru PlayStation. Sony Centre Mid Valley sekali lagi membuka borang dalam talian untuk anda mencuba nasib pre-order untuk memiliki konsol PS5 pada bulan Disember 2022. Anda boleh mengisi borang tersebut melalui pautan ini. Borang ini tersedia mulai 21 Disember 2022 sehingga 9 Januari 2023 jam 10 malam.

pre order PS5

Cuma, borang kali ini sudah dikemas kini dengan harga baru konsol PS5 berikutan inflasi dunia. Kini harga pasaran bermula adalah RM 2499 untuk PS5 versi pemacu cakera Ultra HD Blu-ray. Buat sesiapa yang ingin membeli PS5 dengan DualSense tambahan, ia dijual pada harga RM2,848.

Lebih menarik sekali, pre-order kali ini juga datang dengan bundle game God of War Ragnarok. Bundle itu pula dijual bermula harga RM 2769 dan jika korang menambah DualSense, ia akan berharga RM3118.

Berikut adalah posting Facebook oleh Sony Centre Mid Valley:

Bukan setakat itu sahaja, terdapat banyak game tersedia untuk anda tambah pada pre order PS5, contohnya FIFA 23, SD GUNDAM BATTLE ALLIANCE, THE LAST OF US PART 1 dan God of War Ragnarok Anda juga boleh menambah waranti untuk untuk versi konsol yang dikehendaki. Peranti PS5 lain seperti Pulse 3D Headset, media remote, console cover dan charging station juga tersedia untuk anda tempah.

Anda juga boleh melanggan PS Plus melalui borang dalam talian tersebut. Kalau rasa storan PS5 tidak mencukupi, anda juga boleh menambahnya. Terdapat dua pilihan NVMe M.2 SSD tersedia iaitu 1TB (RM 699) dan 2 TB (RM 1299).

Kesemua aksesori yang tersedia juga akan dijual selagi stok masih ada. Jadi, anda yang masih inginkan konsol PS5 ini, bolehlah isi borang ini pre-order untuk Disember 2022. Mungkin anda pula yang bertuah untuk mendapatkannya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: playstation 5Pre-order PlayStation 5ps5
Previous Post

Streamer ‘xQc’ rugi $500,000 gara-gara judi dalam FIFA World Cup 22 Final

Next Post

Ibu tunggal terkejut lihat anak 7 tahun habiskan simpanan hampir RM4000 di Roblox!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ibu tunggal terkejut lihat anak 7 tahun habiskan simpanan hampir RM4000 di Roblox!

Ibu tunggal terkejut lihat anak 7 tahun habiskan simpanan hampir RM4000 di Roblox!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd