Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony akan tingkatkan pengeluaran konsol PS4 berikutan kekurangan bekalan PS5!

Maira by Maira
January 12, 2022
in Artikel, Berita, Genre, PS4, PS5
0 0
0
Sony akan tingkatkan pengeluaran konsol PS4 berikutan kekurangan bekalan PS5!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Group Corp. akan terus mengeluarkan konsol PS4 sepanjang 2022 berikutan gangguan kepada rantaian bekalan global yang mengehadkan pengeluaran konsol PS5 yang lebih mahal.

Syarikat tersebut telah memberitahu rakan kongsinya bahawa ia akan terus menghasilkan konsol lama itu menurut sumber yang mengetahui mengenai perkara itu. Walaupun Sony tidak pernah mengumumkan sacara rasmi bila ia akan berhenti membuat PS4 kerana sebelum ini mereka telah bercadang untuk menghentikannya pada penghujung 2021.

Strateginya untuk masalah kekurangan bekalan konsol PS5 ialah untuk menambah sejuta lagi unit konsol PS4 yang berharap dapat mengurangkan tekanan atas pengeluaran PS5 oleh syarikat. Konsol lama menggunakan cip yang kurang “advanced”, jadi ia lebih mudah untuk dihasilkan dan mesra bajet sebagai alternatif konsol PS5. Peningkatan pesanan pengeluaran PS4 yang lebih murah juga akan memberikan Sony lebih banyak kelonggaran apabila berunding dengan rakan kongsi pembuatan untuk mendapatkan tawaran yang lebih baik.

Cita-cita Sony dengan PlayStation 5 adalah untuk membuat peralihan pantas kepada perkakasan terkini, kata ketua PlayStation, Jim Ryan. Tetapi pandemik telah memperlahankan pembangunan perkakasan yang menjadikan komponen paling asas menjadi terhad. Hasilnya, konsol sukar dicari dan portfolio game eksklusif tidak begitu kuat.

RelatedPosts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

Unit PlayStation sedang bergelut dengan beberapa siri cabaran yang tidak dijangka, termasuk kadar pengeluaran PS5 yang lebih perlahan daripada jangkaan dan scalper dalam talian yang membeli bekalan konsol yang lebih baru. Pengeluaran PS4 ini adalah cara untuk mengisi kekosongan bekalan dan mengekalkan pemain dalam ekosistem PlayStation.

Walapun gaming masih lagi kekal sebagai sumber terbesar untuk pendapatan Sony, syarikat gergasi itu meneroka arena baru untuk mengekalkan pertumbuhannya. Ia sedang bersedia untuk mengeluarkan headset VR yang lebih berkuasa untuk mengambil kesempatan untuk game dan aplikasi masa depan seperti Metaverse dan sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan kenderaan elektriknya sendiri.

Sumber: Bloomberg

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bekalan konsolPS4ps5
Previous Post

Review God of War PC – Kratos jejak kaki ke alam PC Master Race!

Next Post

Baru sehari PUBG percuma, ramai pemain lama yang minta refund dan review bomb!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Baru sehari PUBG percuma, ramai pemain lama yang minta refund dan review bomb!

Baru sehari PUBG percuma, ramai pemain lama yang minta refund dan review bomb!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd