Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic the Hedgehog 3 Akan Mula Tayangan Pada 26 Disember, Keanu Reeves Sebagai Shadow!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 28, 2024
in Animasi, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Sonic the Hedgehog 3 Akan Mula Tayangan Pada 26 Disember, Keanu Reeves Sebagai Shadow!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas 2 tahun menunggu, akhirnya kita tahu bila Sonic the Hedgehog 3 akan tiba. Malam tadi, United International Pictures Malaysia akhirnya menunjukkan trailer pertama Sonic the Hedgehog 3 dan mengesahkan bahawa filem animasi ini akan ditayangkan di Malaysia pada 26 Disember.

Bersama kapsyen “Pengembaraan baharu. Pesaing baharu. 💙💛❤️🖤,” berikut adalah trailer rasmi:

Sebagai sekuel langsung kepada filem Sonic the Hedgehog 2 (2022), kita dapat melihat perkembangan terkini Sonic, serta kepulangan beberapa watak ikonik lain. Namun, perkara yang paling teruja untuk dilihat ialah kemunculan Shadow the Hedgehog di mana Keanu Reeves disahkan memegang peranan tersebut!

Kredit: UIP Malaysia

Selain daripada menunjukkan beberapa adegan epik dari filem, trailer juga menyentuh tentang jalan cerita keseluruhan. Ternyata, Shadow jelas akan menjadi salah satu antagonis utama dalam filem, tetapi Sonic 3 juga akan menyaksikan kepulangan Jim Carrey sebagai Doctor Robotnik, yang disangka mati pada penghujung Sonic the Hedgehog 2.

Kredit: UIP Malaysia

Menurut sinopsis rasmi: “Sonic, Knuckles dan Tails bersatu semula untuk menentang musuh baru yang kuat, Shadow, penjahat misteri yang mempunyai kuasa mereka tidak pernah hadapi sebelum ini. Memandangkan kekuatan mereka tidak mencukupi, Team Sonic kini perlu mencari rakan sekutu yang tidak disangka, Dr. Robotnik, dengan harapan untuk menghentikan Shadow dan melindungi planet ini.”

Kredit: UIP Malaysia
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Sonic the Hedgehog 3
ShareTweetSend
Previous Post

Smartphone Terbaik Untuk Gaming Bawah RM1000 Pada 2024!

Next Post

Siri Yakuza Akan Hadir Di Nintendo Switch Buat Kali Pertama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Siri Yakuza Akan Hadir Di Nintendo Switch Buat Kali Pertama!

Siri Yakuza Akan Hadir Di Nintendo Switch Buat Kali Pertama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd