Diumumkan pagi tadi oleh SEGA, Sonic Superstars rasmi akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 17 Oktober.
Sempena itu, SEGA mengeluarkan trailer baharu yang menunjukkan sisi multiplayer di dalam game:
Sinopsis:

Sonic Superstars adalah game high-speed action baharu yang menggabungkan 2D side-scrolling klasik dan grafik 3D cantik. Bermain sebagai Sonic, Tails, Knuckles dan Amy Rose dan gunakan Emerald Powers serba baharu untuk bergerak dan menyerang dengan cara baharu yang dinamik.
Navigasi persekitaran yang cantik dan tidak pernah dilihat sebelum ini dalam francais secara solo atau dengan sehingga tiga pemain lain dan hentikan Dr. Eggman, Fang dan musuh baharu yang misteri daripada menukar haiwan gergasi yang mendiami pulau tersebut kepada Badnik sebelum terlambat!
Gameplay:

- Menggabungkan klasik dan moden – Walaupun masih disifatkan sebagai game 2D side-scrolling Sonic, Superstars telah reka semula game ini dengan grafik 3D sepenuhnya, kuasa dan abiliti baharu, tetapan unik untuk menawarkan pelbagai cara baharu untuk bermain.
- Main sebagai watak kegemaran – Pilih daripada Sonic, Tails, Knuckles dan Amy Rose dan manfaatkan kebolehan unik mereka sambil meneroka Northstar Island untuk mengalahkan Dr. Eggman, yang telah bekerjasama dengan musuh lama, Fang.
- Manfaatkan kuasa Chaos Emerald – Salinkan diri sendiri, berenang naik air terjun, berubah bentuk dan banyak lagi dengan kuasa Chaos Emerald.
- Lebih ramai rakan, lebih seronok – Buat pertama kalinya dalam game Sonic, bermain sepanjang kempen dengan (sehingga) tiga pemain lain secara local co-op.
- Lawan rakan-rakan – Bersaing secara online dengan sehingga tujuh pemain lain, atau tiga pemain lain secara local, dalam mini-game player-versus-player!

Sonic Superstars akan dilancarkan pada 17 Oktober di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.
Baca segala liputan kami tentang Sonic Superstars di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post