SEGA mengumumkan yang Sonic Origins Plus telah pun dikeluarkan pada hari ini, 23 Jun 2023 di semua platform termasuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.
Kalau korang nak tahu, Sonic Origins telah pun dilancarkan pada tahun lepas dengan menampilkan pelbagai game klasik seperti Sonic the Hedgehog, Sonic the Hedgehog 2, Sonic CD dan Sonic 3 and Knuckles yang boleh dimainkan dengan resolusi 16:9 ratio.
Jadi, apa yang mereka bawakan dalam Sonic Origins Plus? Jom, kita lihat:-
Amy

Selepas peminat-peminat menantikan watak ini, Amy the Hedgehog kini tersedia sebagai watak yang boleh dimainkan. Mulakan pengembaraan dengan bakat yang berbeza daripada yang lain!
Knuckles

Dalam koleksi ini, Knuckles boleh dipilih sebagai watak yang boleh dimainkan dalam Sonic CD! Laluan baharu juga telah ditambahkan pada Sonic CD.
12 game dari SEGA Game Gear

- Sonic the Hedgehog
- Sonic the Hedgehog 2
- Sonic Chaos
- Sonic the Hedgehog Triple Trouble
- Sonic Drift
- Sonic Drift 2
- Sonic Spinball
- Tails Adventure
- Sonic Labyrinth
- Sonic Blast
- Dr. Robotnik’s Mean Bean Machine
- Tails’ Skypatrol
Banyak juga apa yang mereka tambah dalam Sonic Origins. Apapun, kami telah mengeluarkan review Sonic Origins Plus di sini.
Saya ingin mengingatkan anda yang Sonic Origins Plus telah pun dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post