Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic Frontiers tambah DLC ‘Krismas’ percuma, tuntut sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 23, 2022
in Artikel, Berita, DLC, DLC percuma, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Sonic Frontiers tambah DLC ‘Krismas’ percuma, tuntut sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan ini, Sega memberitahu bahawa Sonic Frontiers akan menerima banyak DLC baharu sepanjang tahun 2023, termasuk update kepada ciri QOL (quality-of-life), misi/cabaran dan banyak lagi. Untuk menunaikan janji, Sega menambah satu DLC baharu di Sonic Frontiers sebelum tahun 2022 berakhir iaitu kostum Krismas yang boleh dituntut sekarang.

Diumumkan pada akaun Twitter rasmi, Sonic Frontiers akan menambah kostum bertema Krismas, bernama ”Holiday Cheer Suit’ untuk meraikan hari Krimas. Kostum itu tersedia sekarang, dan dikeluarkan secara percuma. Dalam kostum ini, Sonic akan berpakai sama seperti Santa Claus, lengkap dengan jaket dan topi merah.

Untuk melihat rupa penuh, berikut adalah gambar yang dikongsikan oleh Sega:

Tis the season on the Starfall Islands. You can nab the Holiday Cheer Suit in Sonic Frontiers for free…right now! pic.twitter.com/YgVgSQyXCQ

— Sonic the Hedgehog (@sonic_hedgehog) December 22, 2022

Walaupun Frontiers sudah mempunyai jumlah content yang banyak, Sega masih menjanjikan banyak update untuk 2023. Kita dapat tahu bahawa game itu akan menambah banyak “playable character” baharu selain daripada Sonic. Yang disahkan adalah Tails, Amy dan Knuckles dan ada kemungkinan, mereka akan menerima jalan cerita pendek sendiri atau sesuatu yang lebih kurang sama.

Lebih menarik lagi, update ini juga akan disediakan secara percuma.

Menurut Sega, Frontiers telah mencapai kejayaan yang cukup besar dan berjaya menjual lebih 2.5 juta unit pada bulan pertama pelancaran. Ini menjadikannya sebagai salah satu game Sonic paling terlaris sepanjang zaman. Jika korang berminat untuk cuba, Sonic Frontiers kini boleh didapatkan pada harga diskaun di semua platform utama sempena Musim Cuti.

Sonic Frontiers kini tersedia untuk PC, PS4, PS5, Switch, Xbox One dan Xbox Series X/S. Untuk maklumat lanjut tentang Frontiers, korang boleh baca ulasan dan preview kami di SINI.

Dapatkan sekarang!
Sonic Frontiers
Publisher: Sega
Release Date: 2022-11-08
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Sonic Frontiers ialah game platform 3D yang dibangunkan oleh Sonic Team dan diterbitkan oleh Sega. Sebagai Sonic the Hedgehog, pemain meneroka Starfall Island yang misteri untuk mengumpul Chaos Emeralds selepas Sonic dan rakan-rakannya dipisahkan apabila terjatuh melalui wormhole.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCSonic Frontiers
Previous Post

TMNT: The Cowabunga Collection Mendapat Update Major! Diskaun Khas Game Turut Tersedia!

Next Post

Selepas 10 tahun, pelakon suara Haruhi Suzumiya masih dapat ugutan bunuh!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Selepas 10 tahun, pelakon suara Haruhi Suzumiya masih dapat ugutan bunuh!

Selepas 10 tahun, pelakon suara Haruhi Suzumiya masih dapat ugutan bunuh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd