Menjelang musim cuti, Apple Arcade nampaknya mengemas kini katalog mereka dengan lebih banyak game menarik antaranya Sonic Dream Team, game 3D action platformer baharu! Game ini akan tersedia pada 5 Disember ini!
Dalam Sonic Dream Team, Doctor Eggman yang jahat telah menjumpai The Reverie — peranti purba dengan kuasa untuk mewujudkan mimpi di dunia nyata. Sertai Sonic dan rakan-rakannya meneroka dunia mimpi itu, menyelamatkan rakan mereka dan menghentikan usaha Doctor Eggman untuk menguasai dunia.

Dalam game, pemain akan menguasai enam watak dinamik yang boleh dimainkan iaitu Sonic, Tails, Knuckles, Amy Rose, Cream, dan Rouge. Masing-masing mempunyai kebolehan unik yang sepadan dengan bakat dan personaliti mereka sendiri. Dengan hadirnya Sonic Dream Team di Apple Arcade, ia akan sertai barisan game lain SEGA seperti Sonic Racing, Samba de Amigo: Party-To-Go dan Football Manager 2023 Touch.

Selain daripada game sonic ini, ada banyak lagi game lain yang akan tersedia di Apple Arcade. Berikut adalah senarai penuh game dengan tarikh pelancarannya di platform itu:
- Knotwords+ (Zach Gage): 3 November
- Football Manager 2024 Touch (SEGA & Sports Interactive): 6 November
- Downwell+ (Devolver Digital): 17 November
- Delicious – Miracle of Life+ (GameHouse): 24 November
- Disney Dreamlight Valley Arcade Edition (Gameloft): 5 Disember
- Puzzle & Dragons Story (GungHo Online Entertainment): 5 Disember
- Turmoil+ (Gamious): 5 Disember

Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post