Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic 3 Akan Ditayangkan Pada Disember 2024, Dr. Robotnik Mungkin Tiada!

Maira by Maira
August 9, 2022
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Sonic 3 Akan Ditayangkan Pada Disember 2024, Dr. Robotnik Mungkin Tiada!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Sonic yang telah menonton filem Sonic 2 mesti ternanti-nantikan filem seterusnya. Sudah kalau filem tersebut mengusik penonton dengan watak baru, Shadow, sudah tentu buatkan ramai yang tidak sabar. Lebih-lebih lagi peminat yang membesar dengan francais game itu. Berita baiknya, tarikh tayangan filem Sonic 3 telahpun diumumkan secara rasmi!

Melalui Twitter, filem Sonic 3 akan ditayangkan di pawagam pada 20 Disember 2024. Lebih kurang 2 tahun jugalah kita perlu tunggu untuk menontonnya nanti. Ditambah pula dengan aksi hebat oleh Shadow nanti.

Running faster, flying higher, and punching harder. #SonicMovie3 hits theatres on December 20, 2024. pic.twitter.com/DcFGbaKUao

— Sonic the Hedgehog (@SonicMovie) August 9, 2022

Buat masa ini, plot serta pelakon yang akan muncul masih belum didedahkan. Dengan Jim Carrey telah bersara daripada bidang lakonan, masih tidak tahu siapakah yang akan menggantikannya sebagai Dr. Robotnik. Untuk pengetahuan anda, Dr. Robotnik memainkan peranan yang penting dalam Project Shadow yang ditunjukkan pada pengakhiran filem Sonic 2. Jadi ada kemungkinan besar watak itu tidak akan kembali dan latar belakang Shadow diubah. Kita juga mungkin melihat Guardian Units of Nations (G.U.N.) terlibat dalam projek tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, dikatakan juga filem ketiga ini juga akan mengandungi elemen-elemen daripada game Sonic Adventure 2 dan Shadow the Hedgehog. Tetapi yang pasti, dalam filem baru ini watak trio kegemaran iaitu Sonic, Tails dan Knuckles sudah tentu akan muncul dalam filem ini.

Dengan pengumuman terbaru untuk filem ketiga Sonic the Hedgehog, mungkin selepas ini beberapa maklumat baru mengenai sirinya juga akan didedahkan. Kalau anda ingin tahu, Sonic the Hedgehog juga akan mendapat sirinya tersendiri yang akan ditayangkan di Paramount+. Siri itu juga masih aktif dibangunkan oleh Paramount bersama-sama SEGA. Apapun, kita tunggu sahaja pengumuman lanjut yang akan datang.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemSonic 3Sonic the Hedgehog 3
Previous Post

FIFA 23: Pro Clubs tambah sistem “Shared Progression & Perks” baru

Next Post

Marvel’s Midnight Sun nampaknya ditangguhkan sehingga bulan Mac 2023

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Marvel’s Midnight Sun nampaknya ditangguhkan sehingga bulan Mac 2023

Marvel's Midnight Sun nampaknya ditangguhkan sehingga bulan Mac 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd