Dah puas bermain Soft Launch permainan yang berasal dari platform PC dari Pearl Abyss ni tak? Okay, sebelum jalan buntu, untuk versi PC adalah Black Desert Online, dan kini nampaknya yang dinanti-nantikan pemain mobile – Black Desert Mobile telah pasti tarikh pengeluaranya secara Global di iOS dan Android pada 11 Desember 2019!
Kepada sesiapa yang masih tidak mengenal pasti mengenai siri permainan Black Desert ini, ianya merupakan permainan MMORPG untuk PC seperti yang dinyatakan diatas. Merupakan genre permainan MMO yang agak popular dan mempunyai versi remastered yang hadir pada Ogos 2018. Kini Pearl Abbys memutuskan untuk hadirkan versi mobile dan jalan, watak kesemua hampir serupa dengan versi PC. Malangnya, mekanik pencarian adalah auto yang bermaksud tajuk ini akan memainkan sama dengan majoriti MMORPG mudah alih di Play Store berbanding dengan permainan PC tradisional yang dikawal secara manual.
Pearl Abyss turut melancarkan kempen pra-pendaftaran untuk Black Desert Mobile yang kini telah mencecah sehingga 3 juta pendaftaran! Terdapat ramai pemain dari platform PC turut memberi pendekatan untuk mencuba dalam versi mobile ketika pelancaran soft launch di berapa negara bulan lalu. Jadi, harap-harp lebih banyak pemain yang mendaftar dalam kempen ini!
Kepada anda yang masih belum mendaftar? Jangan risau dan daftar je terus di laman web rasmi Black Desert. Haa! Bukan setakat mendaftar dengan tangan kosong, pada yang dah mendaftar anda akan mendapat Black Desert PC dan Konsol secara percuma!
Black Desert Mobile akan menyokong bahasa yang berbeza seperti;

@gamersantaimy
Discussion about this post