Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Snoop Dogg rasmi keluar FaZe Clan, mungkin sebab tidak untung lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 7, 2023
in Artikel, Berita, Esports, Streamer/influencer
0 0
0
Snoop Dogg rasmi keluar FaZe Clan, mungkin sebab tidak untung lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, FaZe Clan membuat pengumuman mengejut bahawa Snoop Dogg telah keluar daripada Lembaga Pengarah, hanya setahun selepas rapper legenda itu menyertai organisasi esports tersebut.

Berita itu didedahkan melalui FaZe Holdings Inc. dalam bentuk fail Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat, yang menjelaskan bahawa Snoop Dogg telah meletak jawatan daripada FaZe Clan, berkuat kuasa serta-merta pada 29 Mac.

Sebab sebenar di sebalik pemergiannya tidak didedahkan oleh FaZe atau Snoop Dogg, tetapi perpisahan bukan disebabkan oleh apa-apa pergaduhan atau isu individu. Sebaliknya, ramai yang membuat spekulasi bahawa pemergian rapper ikonik itu mungkin berkait dengan keadaan kewangan FaZe Clan yang semakin merudum.

Buat masa sekarang, masa depan FaZe Clan nampak agak goyah. Pada Ogos 2022, harga saham FaZe Holdings Inc. menunjukkan prestasi yang agak bagus, dan pernah mencatat kira-kira $20 sesaham. Tetapi saham FaZe Clan kini sedang menurun dengan drastik di mana ia bernilai sebanyak $0.50 (menurut sumber).

Berkenaan Snoop Dogg, dia dijanjikan akan “menerima sejumlah besar daripada saham FaZe Holdings Inc.” sebagai sebahagian daripada kontrak untuk menyertai Lembaga Pengarah. Tetapi disebabkan nilai saham jauh lebih rendah sekarang, kemungkinan besar Snoop Dogg meletak jawatan kerana anggap FaZe Clan tidak lagi berbaloi.

Bukan FaZe Clan sahaja, beberapa kumpulan eSports lain di Amerika Syarikat juga mengalami masalah kewangan; contohnya, The Guard malah menjual Los Angeles Gladiators dan LA Guerillas.

Walaupun Snoop Dogg sudah keluar daripada FaZe Clan, itu tidak akan memberi kesan negatif kepada kariernya. Sejak kebelakangan ini, Snoop Dogg amat terkenal dalam industri gaming sebagai streamer popular di Twitch dengan beratus ribu orang yang datang untuk menonton live stream miliknya. Yang lebih membimbangkan adalah masa depan FaZe Clan, dan jika tiada solusi, kemungkinan besar organisasi besar ini akan dibubarkan dalam masa akan datang.

Baca segala berita kami termasuk gaming, anime, filem dan teknologi di SINI.


ARTIKEL TAMAT DI SINI

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FaZe ClanSnoop DoggStreamer
ShareTweetSend
Previous Post

Stranger of Paradise Final Fantasy Origin Akhirnya Tersedia di Steam!

Next Post

5 sebab kenapa filem superhero sekarang dah tak sama seperti dulu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
5 sebab kenapa filem superhero sekarang dah tak sama seperti dulu

5 sebab kenapa filem superhero sekarang dah tak sama seperti dulu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd