Hari ini, ZTE Corporation telah mengumumkan pelancaran Nubia Neo 5G, smartphone gaming mesra bajet terbaru, di Malaysia. Dengan misi untuk membawakan spesifikasi inovatif bersama harga mampu milik, nubia Neo 5G dijual pada harga RM899.

Dilengkapi dengan ciri-ciri canggih dan reka bentuk khas untuk para gamer, ia sepatutnya dapat menyampaikan pengalaman gaming yang lancar dan memenuhi kehendak gamifikasi pemain Malaysia. Berikut adakah rumusan padat:
nubia Neo 5G menawarkan pelbagai ciri yang direka untuk meningkatkan pengalaman gaming. Pertama sekali, ia menampilkan paparan ultra-smooth dengan refresh rate 120Hz, di mana pemain boleh menikmati visual yang lancar dan mengasyikkan. Dipasangkan dengan sehingga 18GB RAM dan 256GB ROM, smartphone ini memastikan ruang storan yang cukup banyak dan prestasi pantas, untuk memastikan multitasking sentiasa stabil dan cekap.

Dikuasakan oleh pemproses UNISOC T820 sehingga 2.7GHz, Nubia Neo 5G menjanjikan kelajuan dan ciri responsif untuk membolehkan pemain menikmati game kegemaran tanpa sebarang lag atau kelewatan. Peranti ini juga dilengkapi dengan pengecasan pantas 22.5W dan bateri 4500mAh, bagi sesi gaming lanjutan tanpa gangguan.
Direka khas untuk gamer, Neo 5G dilengkapi dengan Game Space yang dinaik taraf supaya pemain dapat mengubahsuai pengalaman mengikut keperluan mereka. Ini termasuk peningkatan pada prestasi peranti, peningkatan audio, peringatan permainan, bypass charging, dan sebagainya.
Di samping itu, smartphone ini menyokong dual SIM 5G, jadi jika anda memiliki sim kad 5G – jangan lupa untuk memanfaatkannya.

Harga dan ketersediaan

Untuk meraikan pelancaran ini, Nubia menawarkan promosi pre-order yang tersedia secara eksklusif di Nubia Shopee Official Store.
Pelanggan yang pre-order Nubia Neo 5G antara 16 Julai dan 23 Julai 2023, akan diberi pelbagai hadiah menarik termasuk unit terhad Red Magic Turbo Cooler (bernilai RM269). Selain itu, 50 pembelian pertama layak mendapat potongan RM30 daripada harga asal.
- Nubia Neo 5G
- Harga: RM899
- Harga pre-order: RM869 (50 pembelian pertama)
- Tempoh pre-order: 16 – 23 Julai 2023
- Hadiah percuma: Red Magic Turbo Cooler bernilai RM269 (unit terhad sahaja)
- Pre-order di sini: https://bit.ly/3pEf3W9
Bakal menganjurkan 4 acara eSukan di Malaysia
Pada masa yang sama, Nubia juga mengumumkan kerjasama dengan Ampro Clash Series (ACS) Edu Tour, kejohanan yang dimiliki oleh CRIT Esports Malaysia, sebuah organisasi esport terkemuka di negara ini.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Nubia akan bekerjasama dengan CRIT Esports Malaysia untuk menganjurkan sebanyak empat acara esukan di tiga kolej: Sunway College, APU College dan Monash University Malaysia. Sorotan acara ini adalah Grand Finals, yang bakal berlangsung pada 19 dan 20 Ogos di Paradigm Mall, di mana pasukan terbaik akan bertarung untuk merebut gelaran juara.
Bagi sesiapa yang berminat, Nubia Neo 5G, kini dijual di Malaysia pada harga RM899! Anda boleh layari halaman Shopee rasmi mereka untuk info lanjut.
@gamersantaimy
Discussion about this post