Kalau anda perasan, semakin banyak game yang bertemakan kucing telah dikeluarkan. Semasa di Busan Indie Connect Festival 2023 (BIC 2023) kami telah menjumpai sebuah game kucing comel, di mana pelbagai jenis kucing memasak! Game tersebut bertajuk Slow Life – Cooking Cats dan dibangunkan oleh ZombieMate. Anda boleh lihat video demo game di bawah.
Slow Life – Cooking Cats merupakan sebuah game mobile yang kasual untuk peranti iOS dan Android. Seperti yang dipaparkan dalam video demo game, ia memaparkan gaya grafik comel kucing dan manusia. Cara bermainnya juga sangat mudah. Anda hanya perlu dekorasi serta membina rumah dengan elemen kucing. Terdapat watak lelaki dalam game ini yang merupakan teman lelaki kepada watak utama. Watak yang dimainkan juga boleh disesuaikan mengikut kesukaan anda. Teman lelaki itu juga boleh anda ubah gayanya mengikut cita rasa tersendiri!

Kelihatan menari, betul tidak? Macam-macam jenis kucing bekerja yang kita boleh lihat. Ada yang memasak, ada yang menghantar barang dan banyak lagi! Kalau anda berminat untuk bermain game ini, Slow Life – Cooking Cats dijangka untuk lancar pada tahun 2024. Anda boleh ikuti akaun rasmi Instagram game untuk melihat kemas kini lanjut mengenainya!
BIC 2023 sedang berlangsung di BEXCO, Busan, Korea Selatan. Untuk info lanjut mengenainya, anda boleh melayari pautan di bawah:
<Info Busan Indie Connect Festival 2023>
- Laman web rasmi: https://bicfest.org
- Twitch: https://www.twitch.tv/jonnindie
- Instagram: https://www.instagram.com/bicfest_official
- Facebook: https://www.facebook.com/BICfestival
- Twitter: https://twitter.com/BIC_Festival
- Naver POST: http://naver.me/5pNb2IKH
@gamersantaimy
Discussion about this post