Selepas dibocorkan lebih awal, GameMill Entertainment telah mengumumkan game third-person action adventure baharu iaitu Skull Island: Rise of Kong. Dibangunkan oleh IguanaBee, game tersebut akan tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Tarikh rasmi untuk pelancaran Skull Island: Rise of Kong telah pun diumumkan! Anda bolehlah bermain sebagai gergasi ini pada 17 Oktober 2023
Tentang Skull Island: Rise of Kong
Berdasarkan kisah Skull Island oleh Joe DeVito dan King Kong oleh Merian C. Cooper, game third-person action-adventure ini membolehkan anda mengawal Kong dalam perjalanannya untuk membalas dendam dan mendapatkan kembali takhtanya sebagai Raja Skull Island.

Ambil quest penuh aksi untuk membalas dendam atas kematian ibu bapa Kong di tangan pemangsa: Gaw. Rentasi pulau misteri dan bongkar rahsianya merentasu pelbagai persekitaran berbahaya, temui kuasa yang melalui flora dan fauna yang eksotik. Takluk haiwan purba, kalahkan bos unik dan bangkit untuk mengatasi segala cabaran yang menghalang Kong untuk menjadi Raja!
- Terokai asal usul raja
- Mulakan perjalanan anda sebagai Kong dan alami evolusinya menjadi Raja Skull Island sambil anda buru Gaw untuk membalas dendam.

- Lepaskan Kemarahan Kong
- Berikan serangan combo untuk mengalahkan minion Gaw dan lepaskan kemarahan untuk tingkatkan impak serangan. Hantar musuh melayang dengan serangan terhebat Kong!

- Tingkatkan kebolehan watak
- Dapatkan kebolehan baru melalui acara khas dan pertarungan boss sengit untuk buka potensi Kong sepenuhnya.

- Temui mitos Skull Island
- Terokai gunung, hutan, paya, gua, kawasan baru dan ketahui lebih lanjut tentang sejarah misteri Skull Island.
Terdapat dua edisi yang akan dijual nanti iaitu Standard Edition dan Colossal Edition. Kita nantikan maklumat lanjut mengenainya nanti. Untuk mendapatkan berita terkini mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post