Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Skull & Bones pamer “Ship Customization” & gameplay baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 11, 2022
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Xbox Series X|S
0 0
0
Skull & Bones pamer “Ship Customization” & gameplay baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Game kapal lanun Skull & Bones membolehkan pemain meneroka Lautan Hindi versi fiksyen semasa Zaman Keemasan Lanun – dan memperoleh keuntungan daripada perdagangan rempah, sutera dan lain-lain melalui . Melalui acara Ubisoft Forward, mereka mendedahkan melalui trailer gameplay baru Skull & Bones bagaimana kita boleh membuka peluang perdagangan melalui sistem penyeludupan rahsia dan cara-cara untuk menangkis serangan musuh memakai sistem customization kapal.

Semasa live stream, pasukan Skull & Bones mendedahkan lebih banyak tentang aspek gameplay “mencari keuntungan”. Pertama sekali, anda perlu meningkatkan lagi tahap Infamy untuk membuka sarang lanun sendiri – dikenali sebagai The Helm – yang menjadi pangkalan kepada operasi penyeludupan anda.

Di sinilah anda dapat mengeluarkan barangan bernilai tinggi seperti Arak dan Candu sebelum menjualnya pada nilai yang tinggi. Dari sini, anda juga akan mempunyai lebih banyak kelonggaran untuk memilih kontrak, dan bukannya bergantung kepada lanun lain.

Acara ini juga mendedahkan lebih lanjut tentang cara anda boleh membina dan customize kapal. Setiap jenis kapal dibahagikan kepada pelbagai jenis gaya permainan, sama ada anda sedang mengutamakan mobiliti, kuasa atau kapasiti kargo, tetapi setiap satu juga disertakan dengan faedah tertentu; contohnya, Sambuk memberi kelebihan kepada pemain yang menggunakan senjata api, manakala Brig – dikenali sebagai jenis ‘heavy hitter’ – boleh menangani lebih banyak damage apabila berlabuh.

Setiap kapal kemudian boleh dilengkapi dengan senjata, peluru, perisai, perabot dan barangan kosmetik berbeza, lantas membolehkan pemain mengubahsuainya dengan tugas tertentu.

Adakah anda lebih suka menenggelamkan kapal musuh? Jadi anda akan mahu “piercing ammo”, yang dapat menembusi perisai dan membiarkan air mengalir masuk, atau “fire ammo”, yang boleh mendatangkan bahaya pada struktur kayu besar. Jika anda ingin melumpuhkan kapal untuk menaiki kapal dengan mudah, “tearing ammo” akan membuat layarnya hancur dengan cepat.

Terdapat pelbagai jenis senjata untuk dipilih, dengan meriam yang berbeza, ballista, mortar, pelancar roket, dan juga torpedo, masing-masing dengan jenis damage unik.

Setiap senjata juga mempunyai jenis perisai yang boleh menentangnya; sebagai contoh, anda tidak mahu menggunakan flamethrower ke atas kapal yang dibalut panel jenis kulit kerana kulit amat tahan lasak terhadap damage jenis api.

Skull & Bones akan dilancarkan pada 8 November untuk PC, PS5, dan Xbox Series X|S. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang game ini, sila baca artikel lama kami di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GameplaySkull & BonesUbisoft Forward
Previous Post

Codename Red & Hex diumumkan, bakal menjadi tajuk premium bagi Assassin’s Creed!

Next Post

Just Dance 2023 diumumkan, bakal tiba pada November 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Just Dance 2023 diumumkan, bakal tiba pada November 2022!

Just Dance 2023 diumumkan, bakal tiba pada November 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd