Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Skull & Bones akan keluar pada 8 November 2022, preview awal tentang sistem game

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Multiplayer, Open World, PC, Preview, PS5, Simulator, Ubisoft Connect, Xbox Series X|S
0 0
0
Skull & Bones akan keluar pada 8 November 2022, preview awal tentang sistem game
Share on FacebookShare on Twitter

Pertama kali diumumkan pada tahun 2017, Skull & Bones telah mengalami pelbagai perubahan besar sepanjangan durasi produksi. Tapi selepas sekian lama, kita akhirnya dapat berita yang dinanti-nantikan: Skull & Bones rasmi akan dilancarkan pada 8 November 2022 di PS5, Xbox Series X/S dan PC melalui Epic Games Store dan Ubisoft Store!

Dibangunkan sebagai game ‘stand-alone’ berdasarkan sistem pertempuran kapal popular dalam Assassin’s Creed 4: Black Flag, Skull & Bones bakal membuat kejutan besar dalam genre online multiplayer dengan gameplay mereka yang unik. Berikut adalah preview awal kami tentang Skull & Bones, termasuk jalan cerita, gameplay dan ciri-ciri lain.

Latar belakang & jalan cerita

Skull & Bones dibangunkan oleh Ubisoft Singapore, pasukan sama yang bertanggungjawab untuk pelbagai game Assassin’s Creed termasuk Black Flag — yang juga adalah inspirasi terbesar untuk game kapal ini. Mengikut kisah sebenar, pembangunan Skull & Bones mulanya bermula sebagai ‘multiplayer expansion’ kepada Assassin’s Creed IV: Black Flag, tetapi akhirnya berubah menjadi game tersendiri.

Lonjak ke tahun 2022, Skull & Bones kini disahkan sebagai game online multiplayer yang berlangsung di Lautan Hindi semasa zaman kegemilangan lanun.

Latar belakang game ini ditetapkan pada tahun 1721 di Lautan Hindi, yang merupakan tempoh masa dan lokasi utama untuk aktiviti lanun bersejarah. Pemain akan bermain sebagai lanun “level rendah” yang ingin menjadi lanun paling terkenal di laut. Kita akan bermula dengan melawat Sainte-Anne, sarang lanun yang bertindak sebagai “in-game hub”.

Dari segi plot, jalan cerita dan watak, tiada apa-apa yang betul-betul khusus. Memandangkan Skull and Bones adalah game online multiplayer, ia memang dihasilkan tanpa jalan cerita yang kukuh – tetapi beberapa misi kecil dan acara masih akan disediakan dengan cerita sendiri.

Gameplay umum

Pada permulaan game, kita akan bermula di kawasan hab bernama Sainte-Anne, di mana anda boleh membeli-belah, “crafting”, menerima tugasan misi dan berinteraksi dengan pemain lain sebelum pergi ke laut.

Pemain akan memulakan game sebagai “orang yang tidak dikenali” dan hanya boleh membina rakit, tetapi kemudian akan dapat menaik taraf kepada bot nelayan kecil (dipanggil dhow) supaya boleh meneroka laut yang luas. Pemain kemudian perlu mengumpul sumber dan rakan lanun lain dengan menyelesaikan misi bagi membina kapal lanun yang lebih besar.

Skull & Bones mempunyai dua aspek eksplorasi: di atas darat (tetapi amat minimum) dan melalui kapal laut, yang dipengaruhi oleh elemen “survival”. Anda perlu memastikan bahawa bekalan mencukupi supaya pelayaran sentiasa lancar. Andai kata kekurangan, korang boleh merompak dan mencuri daripada kapal lain dalam perjalanan. ika ahli krew tidak dijaga dengan baik, mereka juga boleh memberontak dan cuba membunuh anda.

Penerokaan darat amat terhad. Kita hanya boleh berlabuh di titik tertentu untuk meneroka pulau-pulau berbeza dan bukannya turun di mana-mana yang kita suka. Tidak banyak yang boleh dilakukan selain daripada berjalan dan bercakap dengan NPC.

Sistem pertempuran kapal

Untuk pertempuran, ia menyerupai pertempuran kapal ikonik daripada Assassin’s Creed 4: Black Flag. Kita akan memandu kapal dan menyasarkan pelbagai senjata termasuk meriam, mortar, tong api, dll,menggunakan petunjuk berwarna ke arah kapal musuh. Korang boleh melihat level kapal musuh, serta “health bar” untuk tahu berapa banyak HP yang musuh masih ada.

Game ini menampilkan pelbagai jenis kapal dengan saiz yang berbeza, semuanya disusun ke dalam kategori yang berbeza seperti kargo, pertempuran dan penerokaan – jadi pilih sahaja kapal yang paling sesuai dengan gaya permainan anda.

Kapal yang berbeza menawarkan kelebihan taktikal berbeza. Sebagai contoh, kapal besar yang boleh menyerap banyak damage, kapal lebih pantas yang memberikan mobiliti yang tinggi, dan kapal penyerang memberikan jumlah damage paling banyak. Ia hampir sama seperti MOBA di mana anda memilih untuk menjadi watak ofensif, watak support atau tank. Kita boleh bertukar antara semua kapal ini mengikut situasi untuk memanfaatkan kebolehan dan kekuatan mereka.

Untuk unlock kapal baru, anda perlu membeli “blueprint” di lokasi-lokasi tertentu. Kapal boleh dinaik taraf dan diubahsuai pada bila-bila masa dengan senjata, perisai, warna, bendera dan banyak lagi.

Sistem Infamy

Sistem Infamy memainkan peranan penting di dalam game di mana tindakan anda sebagai lanun akan memberi kesan kepada reputasi anda. Infamy boleh ditingkatkan dengan menerima misi daripada NPC, meneroka lautan atau pulau dan menyelesaikan objektif-objektif lain di sekitar laut yang luas. Lebih tinggi Infamy anda, lebih banyak pilihan akan dibuka kepada pemain, termasuk upgrade bagi kapal baharu.

Jadi, bagaimana sistem ini berfungsi? Infamy diukur melalui jumlah wang yang anda peroleh dengan menyelesaikan misi, menyerbu kapal lain, mencuri kargo, dan sebagainya. Secara ringkas, semakin banyak wang yang kita miliki, semakin kuat lah lanun kita.

Aspek Multiplayer

Namun, Infamy tinggi juga mempunyai kekurangannya. Apabila Infamy anda tinggi, kapal yang lebih besar dan lebih berbahaya akan memburu dan merompak kita. Di sinilah aspek multiplayer menyerlah – anda boleh meminta bantuan daripada kapal-kapal sekitar untuk bantu menewaskan pihak lawan atau bantu korang melarikan diri.

Kami akan dapat bertemu kapal lain (dikawal oleh pemain) di dunia dan memutuskan sama ada untuk bekerjasama atau menyerang satu sama lain. Pada masa yang sama, kerjasama ini boleh lerai dengan mudah apabila anda memegang Infamy paling tinggi, di mana anda atau sekutu anda boleh mengkhianati satu sama lain pada bila-bila masa.


Sekali lagi saya ingatkan, Skull & Bones rasmi akan dilancarkan pada 8 November 2022 di PS5, Xbox Series X/S dan PC melalui Epic Games Store dan Ubisoft Store. Kami juga mengadakan interview eksklusif bersama Pengarah Kanan Permainan, Ryan Barnard, bagi membincangkan lebih lanjut tentang judul ini. Korang boleh klik pautan ini untuk membaca interview tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: multiplayerPreviewSkull & Bonesubisoft
Previous Post

Filem anime Slam Dunk keluarkan teaser, rupanya 3DCG bukan 2D

Next Post

Interview Skull & Bones: Kehidupan seorang lanun bersama pengarah Ryan Barnard

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Interview Skull & Bones: Kehidupan seorang lanun bersama pengarah Ryan Barnard

Interview Skull & Bones: Kehidupan seorang lanun bersama pengarah Ryan Barnard

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd