Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Skull and Bones closed beta test akan bermula 25-28 Ogos 2023, daftar untuk peluang cuba!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 13, 2023
in Action, Artikel, Berita, Beta, Epic Store, PC, PS5, Simulator, Ubisoft Connect, Xbox Series X|S
0 0
0
Skull and Bones closed beta test akan bermula 25-28 Ogos 2023, daftar untuk peluang cuba!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan di acara siaran langsung hari ini, Ubisoft dan Ubisoft Singapore akan menganjurkan closed beta test untuk Skull and Bones bermula 25 hingga 28 Ogos di PS5, Xbox Series dan PC. Sesiapa yang berminat, boleh daftar sekarang melalui laman web rasmi.

Masuk ke dunia Skull and Bones yang berbahaya, ketika anda mengatasi segala kemungkinan dan bangkit daripada menjadi orang buangan kepada seorang lanun yang terkenal. Kumpul armada hebat sendiri dan gunakannya untuk membina empayar anda dalam dunia penuh cabaran. Kumpulkan sumber, cipta peralatan dan senjata, bina kapal dan kembangkan reputasi anda. Dari Pantai Afrika ke pulau tropika Hindia Timur, wujudkan askar lanun anda dan bina empayar sendiri dalam perjalanan anda untuk menguasai Lautan Hindi.

Kredit: Ubisoft

Sepanjang beberapa bulan yang lalu, ternyata Skull and Bones sangat senyap. Rupanya, Ubisoft telah mengumpulkan maklum balas daripada ratusan pemain di seluruh dunia melalui pelbagai ujian tertutup melalui Program Insider. Antara penambahbaikan yang dibuat termasuk:

Mereka mencipta pertempuran lebih mendalam dengan menambah jumlah varian kapal dan senjata yang tersedia semasa pelancaran, untuk membolehkan pemain membina playstyles sendiri. Perubahan pada pertempuran juga ditambah ke aspek lain dalam permainan.

Contohnya, navigasi laut yang lebih lancar dan penambahan kamera kapal luaran adalah antara contoh lain yang menjadikan pengalaman Skull and Bones lebih baik melalui Program Insider.

Ubisoft turut memastikan bahawa keseluruhan game boleh dimainkan secara co-op, dengan kontrak dan ganjaran yang boleh dikongsi; ciri “call for help” sekiranya anda menghadapi masalah; pelbagai fungsi sembang; dan mekanik gameplay lain.

Kredit: Ubisoft

Kredit: Ubisoft

Sekali lagi saya ingatkan, anda boleh menjadi sebahagian daripada ujian beta Skull and Bones dengan mendaftar melalui laman web rasmi di SINI. Closed beta test akan berjalan dari 25-28 Ogos, jadi nantikan butiran lanjut dalam minggu-minggu akan datang.

Skull and Bones akan keluar untuk PlayStation 5, Xbox Series, PC melalui Epic Games Store dan Ubisoft Store pada sekitar 31 Mac 2024. Baca segala berita kami tentang game ini termasuk info gameplay penuh, jalan cerita dan lain-lain di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: closed beta testSkull and Bones
ShareTweetSend
Previous Post

Avatar: Frontier of Pandora bakal dilancarkan di PS5, Xbox Series & PC pada 7 Disember 2023

Next Post

Gameplay Star Wars Outlaws akhirnya didedahkan, Bakal dilancarkan pada tahun 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Gameplay Star Wars Outlaws akhirnya didedahkan, Bakal dilancarkan pada tahun 2024!

Gameplay Star Wars Outlaws akhirnya didedahkan, Bakal dilancarkan pada tahun 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd