Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Skate 4 rupanya game Free-to-Play, tidak akan ada mekanik Pay-to-Win!

Maira by Maira
July 15, 2022
in Artikel, Game, Game Baru, Konsol, PC, Platform, Sukan/lumba
0 0
0
Skate 4 rupanya game Free-to-Play, tidak akan ada mekanik Pay-to-Win!
Share on FacebookShare on Twitter

Game Skate 4 yang banyak kali dibualkan akhirnya secara rasmi diumumkan oleh EA. Game itu diberi nama “Skate” dan ia merupakan game Free-to-Play. Senang cerita, anda tidak perlu bayar satu sen pun untuk memainkannya. Skate akan dilepaskan ke konsol PlayStation, Xbox dan PC. Jadi lebih ramai pemain yang dapat mencubanya.

Bukan setakat itu sahaja, ia juga mempunyai ciri cross-play dan cross-progression. Nampaknya pemain hanya perlu menggunakan satu akaun sahaja untuk bermain di mana-mana platform secara bebas. Bercerita tentang platform pula, masih tidak tahu jika game ini akan keluar pada konsol next-gen sahaja atau tersedia untuk konsol terdahulu seperti PS4 dan Xbox One.

Melalui VGC, game ini juga secara teknikalnya bukanlah sekuel kepada Skate 3 yang dilancarkan di Xbox 360. Sebaliknya ia merupakan sebuah game di mana pasukan pembangun ingin kembangkan lagi untuk tahun berikutnya.

Skate akan berlangsung di sebuah bandar baru bernama San Vansterdam, dunia yang sama dengan San Vanelona dalam game Skate yang terdahulu. Disebabkan game ini percuma untuk dimainkan, mesti ramai yang menyangka bahawa ia akan mempunyai mikrotransaksi. Pasukan pembangun juga telah menekankan bahawa game ini tidak akan mempunyai mekanik Pay-to-Win atau kandungan yang berbayar. Loot box berbayar juga tidak akan tersedia malah mikro transaksi hanya melibatkan kosmetik sahaja.

Baru-baru ini juga, telah tersebar di Internet versi awal game secara haram. Pihak pembangun telah mengetahui perkara tersebut dan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya. Kata mereka, versi yang dilepaskan adalah versi paling awal game dari September 2021. Agak lama juga versi game tersebut. Apapun anda jangan pula mencari game tersebut. Tunggu sahaja Skate dilancarkan nanti secara rasmi. Ia juga percuma untuk dimainkan nanti.

EA masih lagi tidak mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk game Skate. Nampaknya kena sabar menunggu pengumuman seterusnya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: eaFree-to-PlaySkate
Previous Post

The DioField Chronicle menawarkan DEMO pada 10 Ogos sebelum keluaran 22 September

Next Post

DOTA: Dragon’s Blood season 3 akan ditayangkan pada 11 Ogos 2022 di Netflix

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
DOTA: Dragon’s Blood season 3 akan ditayangkan pada 11 Ogos 2022 di Netflix

DOTA: Dragon's Blood season 3 akan ditayangkan pada 11 Ogos 2022 di Netflix

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd