Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sistem battle royale Final Fantasy 7: The First Soldier didedahkan! Nomura yakin akan popular!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 18, 2021
in Artikel, Berita
0 0
0
Sistem battle royale Final Fantasy 7: The First Soldier didedahkan! Nomura yakin akan popular!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam sebuah wawancara dengan Famitsu, Tetsuya Nomura telah mengesahkan beberapa maklumat baru tentang game “mobile battle royale” akan datang, Final Fantasy 7: The First Soldier. Beliau membincangkan cita-citanya, gameplay dan mendedahkan sedikit tentang “job system“.

Bagi mereka yang tidak tahu, Square Enix mengumumkan game ini pada bulan Februari 2021 dan ia merupakan game battle royale untuk peranti mudah alih. Berlangsung 30 tahun sebelum peristiwa Final Fantasy 7, Nomura mengesahkan bahawa The First Soldier akan mempengaruhi kisah satu lagi game mobile akan datang, iaitu Final Fantasy Ever Crisis.

Famitsu memulakan wawancara ini dengan bertanya kepada Nomura siapakah penonton sasaran untuk Final Fantasy VII The First Soldier, di mana beliau menjawab:

“Fanbase untuk IP lama – bukan sahaja Final Fantasy VII – telah menjadi statik pada tahap tertentu. Jadi cabaran kami adalah untuk menarik perhatian fanbase lain.”

Nomura juga mengatakan bahawa dia pasukan juga tidak boleh bergantung pada kehebatan legasi Final Fantasy VII. Oleh itu, mereka sedang mengembangkan Final Fantasy 7: The First Soldier untuk memasuki genre permainan paling popular pada masa ini. Beliau berharap game battle royale ini akan menjadi daya tarikan bagi mereka yang tidak kenal dengan siri Final Fantasy dan menarik minat mereka untuk mengalami dunia Final Fantasy 7 yang luas.

Dari segi sistem gameplay, Nomura juga mengesahkan beberapa info baru berdasarkan rakaman video yang telah kita lihat setakat ini. Beliau menyatakan bahawa Final Fantasy 7: The First Soldier akan memiliki job system bernama “Styles.” (Harap maklum bahawa nama ini mungkin akan berubah dalam terjemahan rasmi.) Ikon di paparan menunjukkan abiliti khas apa yang dapat digunakan oleh pemain berdasarkan “Style” mereka, yang dapat diubah untuk setiap perlawanan. Selain itu, Nomura mengesahkan bahawa ujian beta tertutup rasmi akan diadakan, bersama info lanjut pada masa akan datang.

Apabila ditanya tentang apa yang sedang difokuskan oleh pasukan, Nomura menjawab “gameplay” dan menyatakan kepentingan “perasaan gaming” dan keseimbangan. Dalam hal ini, Nomura menceritakan bahawa producer, Shoichi Ichikawa, adalah pemain battle royale tegar, jadi maklum balasnya sangat membantu.

Ketika Nomura memperkenalkan sebuah idea, Ichikawa dapat memberitahunya bagaimana hal itu akan mempengaruhi keseimbangan permainan dan memberitahu Nomura apabila idea itu tidak boleh dipakai. Di samping itu, Nomura memberitahu bahawa pasukan sedang mencantikkan lagi visual permainan walaupun ia adalah game mobile supaya tidak mengecewakan mana-mana peminat.

Final Fantasy 7: The First Soldier akan dilancarkan pada peranti iOS dan Android pada tahun 2021. Untuk segala liputan kami tentang permainan tersebut, sila tekan pautan ini.

Lihat di sini
Final Fantasy 7: The First Soldier
Publisher: Square Enix
Release Date TBC
Android, iOS
Final Fantasy 7: The First Soldier merupakan game battle royale untuk peranti mudah alih yang berlangsung 30 tahun sebelum peristiwa Final Fantasy 7.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Androidbattle royalefinal fantasy 7Final Fantasy 7: The First SoldierGameplayiOSMobilesquare enixTetsuya Nomura
Previous Post

2 game Lara Croft PERCUMA sehingga 5 petang ESOK!

Next Post

Footage gameplay terbaru Dying Light 2 didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Footage gameplay terbaru Dying Light 2 didedahkan!

Footage gameplay terbaru Dying Light 2 didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd