Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri TV Harry Potter Telah Diumumkan! Akan Perkenalkan Pelakon Baru!

Maira by Maira
April 13, 2023
in Artikel, Berita, Movie/siri
0 0
0
Siri TV Harry Potter Telah Diumumkan! Akan Perkenalkan Pelakon Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja khabar angin mengenai siri TV Harry Potter muncul minggu lepas, rupa-rupanya ianya berita betul. Warner Bros. Discovery telah pun mengesahkan berita tersebut dengan pengumuman rasmi untuk siri TV Harry Potter yang akan ditayangkan di Max, platform penstriman yang akan menggantikan HBO Max.

Siri baharu ini dikatakan akan mengikut kisah buku sepenuhnya dengan barisan pelakon-pelakon baru. Bukan setakat itu sahaja, Warner Bros. Discovery juga merancang untuk menjalankan siri ini selama 10 tahun.

“Kami berbesar hati untuk memberi peluang kepada penonton untuk menemui Hogwarts dengan cara yang baharu,” kata Casey Bloys, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif HBO & Max Content. “Harry Potter adalah fenomena budaya dan jelas terdapat keinginan yang berkekalan untuk Wizarding World. Dengan kerjasama Warner Bros. Television dan J.K. Rowling, siri Max Original baharu ini akan menyelami setiap buku ikonik yang terus dinikmati peminat selama ini.”

Max akan menerbitkan siri ini bersama dengan Brontë Film and TV, dan Warner Bros. Television. Rowling sebagai produser eksekutif bersama Neil Blair dan Ruth Kenley-Letts. David Heyman turut dibincang akan sertai mereka.

Sejak 2020 lagi berita mengenai siri Harry Potter diperbincangkan, akhirnya ia menjadi kenyataan. Pelbagai reaksi juga yang diberikan oleh para peminat. Ada yang gembira, ada juga yang was-was dengan adaptasi ini. Nampaknya kena tunggu trailer rasmi dahulu, baru boleh komen nanti.

Apa pula pendapat anda mengenainya? Boleh kongsikan di ruangan komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri TV daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: harry potterMaxWarner Bros. Discovery
ShareTweetSend
Previous Post

NVIDIA umum GeForce RTX 4070, harga bermula RM 3,049 di Malaysia

Next Post

AI kini boleh dapatkan ‘kata laluan’ dalam masa kurang seminit, mohon netizen hati-hati!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
AI kini boleh dapatkan ‘kata laluan’ dalam masa kurang seminit, mohon netizen hati-hati!

AI kini boleh dapatkan 'kata laluan' dalam masa kurang seminit, mohon netizen hati-hati!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd