Baki The Grappler adalah salah satu daripada siri pertempuran paling terkenal di dunia, dan siri anime barunya oleh Netflix sedang menghasilkan musim kedua! Hari ini, Netflix mengesahkan bahawa siri Baki akan menerima Season 2 dan akan dilancarkan pada 4 Jun 2020. Siri anime memberi tumpuan kepada perjalanan Baki untuk menjadi lebih kuat daripada ayahnya dan setiap pertarungan mengandungi adegan paling brutal pernah dilihat dalam sejarah anime. Tangan hilang, mata hilang.. semua ada..
Baki The Grappler bermula sebagai manga pada tahun 1991, dan dicipta oleh artis Keisuke Itagaki. Ia mengisahkan seorang lelaki muda yang ayahnya dianggap sebagai pahlawan terkuat di dunia. Dalam usaha untuk mengatasi ayahnya, Baki menjalani latihan sukar dengan melawan pelbagai jenis individu seperti raksasa yeti, gangster yakuza, bekas askar dan lain-lain. Memang francais ini berjaya mencipta banyak watak unik untuk Baki menguji kekuatannya!
Berikut adalah poster rasmi:
Pada musim sebelum-sebelum Baki, hero muda kami mendapati dirinya harus bertarung dengan beberapa penjenayah yang telah membebaskan diri daripada penjara. Setiap penjenayah ini mempunyai kebolehan dan abiliti yang jauh melebihi kemampuan pahlawan biasa. Dalam pertarungan hidup atau mati ini, para penjenayah tersebut tidak takut untuk menggunakan cara paling kotor untuk menang. Daripada bom, senapang, pisau, dan banyak lagi helah keji, ini adalah cabaran yang paling besar pernah dihadapi oleh Baki.

Ini bukanlah siri pertama Baki untuk dijadikan anime kerana anime terbaru ini ialah sekuel ke anime pertama yang ditayangkan pada tahun 2001 dengan 48 episod, dan menceritakan Baki yang lebih muda ketika dia baru mula menjinakkan diri dalam pertempuran dunia. Jika anda tidak pernah membaca atau menonton Baki, ini adalah masa yang tepat untuk anda selami dunianya sebelum tayangan anime baru!
@gamersantaimy
Discussion about this post