Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri original Star Wars: Andor bakal tayang di Disney+ pada 21 September 2022

safwan by safwan
August 2, 2022
in Artikel, Berita, Disney+, Movie/siri
0 0
0
Siri original Star Wars: Andor bakal tayang di Disney+ pada 21 September 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas tamatnya siri Obi-Wan Kenobi, kini tiba giliran Andor pula untuk ditayangkan di Disney+. Dengan pelancaran trailer terbaru Andor, siri original Star Wars ini akan mula ditayangkan pada 21 September 2022.

Andor akan mempunyai 2 season di mana setiap daripada satu season akan mempunyai 12 episod. Pada hari pertama, mereka akan menyediakan 3 episod tayangan perdana. 12 episod pertama akan menceritakan tentang kisah Cassian Andor dengan Rebellion manakala 12 episod untuk season 2 akan membawa penonton kepada permulaan Rogue One.

Siri original Star Wars ini berlaku pada satu masa antara kejatuhan Republic dan Rogue One. Ia juga meliputi sebahagian besar kepada permulaan Rebellion terhadap Galactic Empire dan kehidupan awal Cassian Andor yang dilakonkan oleh Diego Luna.

Dalam trailer Andor baharu, terdapat beberapa watak Rogue One kembali seperti Sar Gerrera yang dilakonkan oleh Forest Whitaker dan Genevieve O’ Reilly sebagai Mon Mothma. Banyak juga pelakon hebat yang lain seperti Adria Arjona, Kyle Soller, Fiona Shaw dan Clemens Schick.

Sebelum ini, tarikh tayangan Andor telah ditetapkan pada penghujung bulan Ogos tetapi dengan pelancaran trailer baharu, nampaknya tarikh tayangan telah dianjak ke belakang sehingga bulan September 2022. Hal ini kerana bulan Ogos terdapat banyak siri dan filem yang dikeluarkan seperti She-Hulk: Attorney at Law yang mula ditayangkan pada 17 Ogos 2022.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa siri original Star Wars: Andor akan mula ditayangkan di Disney+ bermula 21 September dengan melancarkan 3 episod sekali gus. Mesti ramai peminat Star Wars yang tidak sabar untuk menonton siri ini selepas siri Obi-Wan Kenobi tamat.

Apa pendapat anda tentang siri original Star Wars: Andor yang menerima penangguhan selama sebulan daripada tarikh asal tayangan di Disney+? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai siri, filem, game dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndorDisney+star wars
Previous Post

Filem Spider-Man: Across the Spider-Verse akan perkenalkan Spider-Woman baru!

Next Post

FIFA 23: Career mode tambah ciri ‘Player Personality’, ‘Transfer Analysis’ & banyak lagi

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
FIFA 23: Career mode tambah ciri ‘Player Personality’, ‘Transfer Analysis’ & banyak lagi

FIFA 23: Career mode tambah ciri 'Player Personality', 'Transfer Analysis' & banyak lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd