Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri manga Bleach rupa-rupanya inspirasi terbesar pencipta Black Clover!

safwan by safwan
March 28, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Panduan, Tinjauan & analisis
0 0
0
Siri manga Bleach rupa-rupanya inspirasi terbesar pencipta Black Clover!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mengatakan bahawa Black Clover telah meniru siri anime popular iaitu Naruto. Namun, selepas Shonen Jump telah mengeluarkan majalah mingguannya pada hari ahad lepas, ia telah membuktikan yang inspirasi terbesar untuk Yuki Tabata mencipta Black Clover adalah bukan Naruto, sebaliknya adalah Bleach.

Muka hadapan majalah tersebut menampilkan Asta daripada Black Clover dengan menghunus Demon Slayer Sword sambil melihat ke belakang arah kamera.

Need Naruto fan boys to realize Naruto didn't influence Black Clover pic.twitter.com/XtMRWldANw

— Space (@EtherionMaster) March 22, 2023

Salah seorang peminat Black Clover di Twitter iaitu @EtherionMaster telah membandingkan muka hadapan yang menampilkan Asta dengan satu lagi majalah yang menampilkan Ichigo Kurosaki dari Bleach. Dia juga mengatakan bahawa siri yang dihasilkan oleh Masashi Kishimoto iaitu Naruto bukan pengaruh kepada Yuki Tabata, sebaliknya adalah siri Bleach yang dihasilkan oleh Tite Kubo dan ini adalah buktinya.

Walau bagaimanapun, manga Black Clover mempunyai banyak persamaan dengan Naruto yang dihasilkan oleh Masashi Kishimoto kerana kedua-duanya telah menampilkan mitologi dan budaya Jepun. Jika lihat pada beberapa bab yang lepas di mana Ryudo Ryuya memperkenalkan Tengentsu untuk mengatasi masalah Five-Headed Dragon.

Sejurus selepas memperkenalkan Tengentsu, Black Clover telah terima kritikan yang agak serius kerana telah didakwa meniru Sharingan daripada siri Naruto sedangkan kedua-dua reka bentuk kuasa ini telah menggunakan simbol tomoe Jepun sebagai inspirasi.

Satu lagi contoh adalah pembunuhan beramai-ramai puak Yami. Ramai juga yang mengatakan situasi ini sama seperti yang ada dalam siri Naruto dengan pembunuhan beramai-ramai puak Uchiha. Keseluruhan keadaan adalah sama dengan menghapuskan keseluruhan puak dan hanya tinggal adalah sepasang adik-beradik. Tetapi kebenaran tentang pembunuhan beramai-ramai adalah sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan Naruto.

Manakala persamaan atau inspirasi yang jelas dari Bleach adalah bagaimana Sosuke Aizen diperkenalkan sebagai ally pada mulanya dan akhirnya menjadi musuh utama dalam siri ini. Sama juga seperti di dalam siri Black Clover di mana Julis Novachrono telah dikenalkan dengan sangat baik dan akhirnya telah menjadi jahat.

Bagi saya, mengambil inspirasi daripada sumber lain adalah tindakan yang bijak kerana anda tidak perlu mengambil masa yang sangat lama untuk mendapatkan idea atau menghasilkan sesuatu. Apapun, Black Clover kini telah memasuki arc terakhir di mana berlakunya peperangan terbesar diantara seluruh Kingdom bersama Lucius Zogratis.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black Cloverbleachmasashi kishimotonarutotite kuboYuki Tabata
Previous Post

MultiVersus Selama Ini Versi Beta, Akan Lancar Secara Rasmi Pada Awal 2024!

Next Post

Manga One Punch Man Kena Tunda Beberapa Minggu! Akan Kembali Pada 20 April!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Manga One Punch Man Kena Tunda Beberapa Minggu! Akan Kembali Pada 20 April!

Manga One Punch Man Kena Tunda Beberapa Minggu! Akan Kembali Pada 20 April!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd