Berikutan dengan acara TUDUM Netflix semalam, Netflix telah mengeluarkan teaser pertama siri live action Avatar: The Last Airbender yang bakal ditayangkan seawal 2024.
Di dalam video teaser yang mereka keluarkan, mereka hanya menunjukkan “Four Nation” yang wujud di dalam dunia Avatar seperti Water Tribe, Earth Kingdom, Fire Nation dan Air Nomads. Teaser tersebut juga telah menunjukkan yang siri live action Avatar: The Last Airbender akan ditayangkan di Netflix pada 2024.
Meet Aang, Katara, Sokka and Zuko in Netflix’s Avatar: The Last Airbender, coming 2024. #TUDUM pic.twitter.com/b7TKxo9pKC
— Netflix (@netflix) June 17, 2023
Mereka juga mengumumkan beberapa watak utama yang akan muncul di dalam siri live action ini termasuk Gordon Cormier sebagai Aang, Kiawentiio sebagai Katara, Ian Ousley sebagai Sokka dan Dallas Liu sebagai Zuko. Selain itu, mereka juga telah mendedahkan yang Daniel Dae Kim akan melakonkan watak Fire Lord Ozai dan Paul Sun-Hyung Lee sebagai General Iroh.

Siri live action ini akan mengikuti kisah Aang, seorang Airbender berusia 12 tahun yang tersedar selepas dibekukan dalam air batu selama seratus tahun. Dia kembali ke dunia yang berperang ketika Fire Nation menguasai negara lain. Menyertai Katara dan Sokka, dia bertekad untuk menjadi Avatar dengan menguasai keempat-empat elemen dan mengalahkan Fire Lord sebelum dia menakluki dunia.
Di sepanjang jalan, dia membantu membebaskan negara Earth dan Water daripada di bawah pemerintahan Fire Nation dan berkawan di sepanjang jalan termasuk Toph Earthbender yang buta dan “enemy-turned-ally” Prince of the Fire Nation Zuko.
Kalau anda nak tahu, Avatar: The Last Airbender yang asal merupakan sebuah siri animasi daripada Nickelodeon yang telah dikeluarkan sejak tahun 2005. Sejak itu, siri animasi ini menjadi sangat terkenal dan berjaya menarik pelbagai orang untuk menonton siri ini.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa siri live action Avatar: The Last Airbender akan ditayangkan di Netlfix sekitar tahun 2024. Apapun, mari kita nantikan pengumuman seterusnya oleh Netflix.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post